ENGLAND
"Hello, can I speak to Mr. Megat Zayn Leon please?" Maria bertanya kepada seseorang tersebut.
"Yes, Zayn speaking. Who's this?" sahut seseorang yang dihubunginya.
Maria mengetap bibirnya kerana gementar. Maria menarik nafas panjang lalu dihembuskan.
"Ni I Zayn. Maria Ciara. You busy ke sekarang? I ada benda penting nak bincang dengan you. Something that very important." Maria memejamkan matanya dan menarik nafas panjang sekali lagi.
Manakala di pihak Dato' Zayn pula dia tergamam setelah menerima panggilan daripada seseorang yang telah 16 tahun ditinggalkan. Pembetulan, terpaksa ditinggalkan.
"Apa you nak lagi Maria. I dah cakapkan antara kita dah tak ada apa-apa lagi. It's already 16 years Maria. Kenapa you cari I balik? I dah ada kehidupan I sendiri. Like you do."
"Yes Zayn, I tahu antara kita dah tak ada apa-apa hubungan. But can you just listen to what I want to say right now. It's really important to me. Kalau benda ni tak penting, I takkan cari you semula." terdengar Dato' Zayn mengeluh panjang di dalam talian. Mereka senyap untuk beberapa ketika.
"Okay then, just say it. I'm listening." hanya itu yang dibalas oleh Dato' Zayn. Namun itu sudah cukup memadai buat Maria. Dia sedang terdesak sekarang ni kerana memikirkan masa depan anak perempuan tunggalnya.
"I tahu you mungkin susah nak percaya dengan apa yang I nak cakap ni tapi... Sebenarnya kita ada anak Zayn. She's 15 years old already this year." Maria bersuara perlahan memberitahu kepada Dato' Zayn.
Dato' Zayn yang mendengar terus terlepas telefonnya di atas sofa akibat terkejut.
'Ak...aku ada anak dengan Maria?'
Dato' Zayn terkaku beberapa saat sebelum mengambil semula telefonnya yang terjatuh tadi. Telefon tersebut kembali ditekapkan di telinganya dengan tangan yang mula menggigil halus.
"You jangan nak menipu Maria. Masa tu you cakap you tak nak anak sebab you nak jaga body. And masa tu pun you makan pil perancang. Macam mana you boleh mengandung pulak ni?" Dato' Zayn sukar untuk mempercayai kata-kata Maria.
"A week after kita bercerai dulu, I dapat tahu yang I pregnant . It's 7 weeks already. I ada skip tak makan ubat tu beberapa kali sebab terlupa dulu sebelum kita bercerai." Maria senyap seketika untuk mencari kekuatan untuk sambung bercerita.
Dato' Zayn terkelu lidah mendengar penjelasan Maria. Dahinya berkerut hebat memikirkan kesahihan cerita Maria tersebut. Dia masih ingat dulu memang Maria ada mangadu yang dia ada beberapa kali terlupa untuk makan pil tu.
"Kenapa baru sekarang you nak bagitahu I tentang kewujudan budak tu? Kenapa bukan dari dulu lagi? Why now? And why so sudden?" Dato' Zayn mengasak Maria dengan pelbagai persoalan yang menyesakkan dada Maria.
Maria cuba untuk tidak menitiskan air matanya ketika ini.
"I tak nak you tahu sebab I takut you akan ambik dia daripada I. I cuma ada dia je masa tu Zayn. I tak nak hilang anak I. I sayang dia sangat-sangat. Dia permata dalam hidup I."
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...