Hari ini merupakan hari kedua Lily berada di Selangor. Dan sudah 2 hari jugalah Lily berjauhan dengan suaminya.
Semalam, Lily tidak dapat tidur dengan lena. Mungkin kerana dirinya sudah terbiasa tidur dalam pelukan hangat suaminya itu.
Ketika Lily baru sahaja selesai solat subuh dan sedang bermalas-malasan di atas katil sementara menunggu waktu untuk sarapan, telefonnya berdering minta diangkat.
Lily mengambil telefonnya lalu melihat nama orang yang menghubunginya sebelum diangkat.
"Assalamualaikum anak ibu. Anak ibu ni sihat tak?" Datin Laila memberi salam sebaik sahaja Lily mengangkat panggilannya.
"Waalaikumusalam ibu. Lily sihat je. Ibu dengan papa sihat ke? Ibu tengah buat apa tu?" soal Lily dengan suara yang teruja.
"Ibu dengan papa sihat je sayang. Ibu baru siap masak breakfast ni. Ibu nak cakap dengan adik sekejap boleh tak?"
"Boleh je." balas Lily dengan suara yang perlahan. Pasti ibu sudah tahu yang dia lari dari rumah suaminya.
"Ibu dah tahu adik lari rumah. Kenapa buat macam tu sayang? Ingat tak apa yang ibu selalu cakap kat adik dulu bila adik ada masalah?" Datin Laila menyoal anaknya dengan nada yang perlahan. Takut mengguris perasaan anak kesayangannya.
"Jangan pernah lari dari masalah. Tapi ibu Lily bukan lari dari masalah, Lily cuma perlukan ruang dan waktu untuk tenangkan diri. Ibu pun tahu Lily ni macam mana. Lily perlu tenangkan diri dulu baru boleh bincang. I need to rationalize myself first." balas Lily dengan nada yang perlahan.
"Iya sayang ibu tahu. Tapi janganlah sampai lari rumah macam ni. Tak elok sayang tinggalkan suami macam tu. Adik balik ye sayang. Kesian ibu tengok Xavi tu. Muka dia nampak stress sangat. Adik tak kesian ke dengan suami adik tu?" pujuk Datin Laila dengan lembut. Dia tahu anaknya ini hatinya lembut.
"Nanti Lily akan balik ibu. Abang pun dah izinkan Lily duduk sini seminggu." balas Lily ringkas.
Datin Laila mengeluh perlahan mendengar balasan anak bongsunya itu.
"Okaylah kalau macam tu. Ibu tak boleh nak cakap banyak sebab ni soal rumah tangga kamu. Ibu letak dululah sebab papa kamu pun dah turun nak breakfast. Assalamualaikum anak ibu."
Selepas menjawab salam ibunya, Lily termenung seketika mengingati kata-kata ibunya. Lily mengambil semula telefonnya sebelum mendail nombor suaminya. Baru baru beberapa kali berdering, suaminya sudah mengangkat panggilannya.
"Assalamualaikum isteri abang. Buat apa tu?" ceria suara Xavi apabila mendapat panggilan daripada isteri tersayang.
"Waalaikumussalam abang. Tia tengah rehat dekat bilik. Abang dah makan ke?" soal Lily kepada suaminya.
Tersenyum Xavi apabila dapat mendengar suara yang dirinduinya itu. Walaupun Lily masih merajuk dengannya namun isterinya itu tetap mengambil berat tentangnya.
"Abang dah makan tadi. Baby suka tak dengan bunga dan coklat yang abang bagi semalam?" soal Xavi.
Dia tahu isterinya itu suka bunga jadi sebab itulah dia upah orang untuk hantar bunga kepada isterinya setiap hari.
"Suka. Pandai abang pilih bunga. Terima kasih abang. Oh ya...siapa yang masak untuk abang? Ke abang masak sendiri?" soal Lily dengan pelik.
Macam mana tak pelik kalau sekarang belum masuk pukul 8 lagi tapi suaminya dah makan. Maid dekat rumah mereka pukul 10 pagi baru masuk kerja.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...