"Korang berdua tengah gaduh ke?" soal Dato' Zayn kepada menantunya.
Sebenarnya mereka semua dah mula perasan dari semalam lagi yang hubungan Xavi dan Lily nampak agak renggang. Mereka perasan setiap kali Xavi ada bersama mereka, Lily pasti akan senyap ataupun tidur.
"Mana ada apa-apa pun papa. Kitorang okay je. Lagipun Tia masih tak sihat lagi. Sebab tu dia banyak diam dan tidur." jawab Xavi.
"Muka kau tak nampak meyakinkan." sampuk Ziyad pula. Dia kenal Xavi ni dah lama. Dia tahu bila sahabatnya ini ada masalah.
"Kau pukul adik aku ke?" soal Hud secara tiba-tiba dengan muka yang berkerut.
Ziyad ada memberitahunya mengenai kejadian 3 hari lepas. Dia risau jugak kalau-kalau Xavi ada memukul Lily ketika hanya mereka berdua sahaja berada di dalam wad.
"Kau gila ke? Aku ni jentik dia pun tak pernah. Inikan pulak nak pukul. Aku masih waras lagilah. Aku sayang bini aku." jawab Xavi dengan nada yang marah.
"Kalau kamu ada masalah dan perlukan pendengar, cerita dekat papa. Papa ni pun papa kamu jugak." kata Dato' Zayn sambil menepuk bahu Xavi.
Xavi terharu dengan kata-kata daripada Dato' Zayn. Mereka sekeluarga tak pernah melayannya seperti orang luar. Layanan Dato' Zayn sekeluarga terhadapnya seperti dirinya ini adalah anak mereka sendiri.
"Kitorang tak gaduh pun, pa. Cuma... Tia merajuk dengan Xavi sebab Xavi tertengking dia 3 hari lepas. Itu yang dia merajuk dengan Xavi sampai hari ni."
"Kalau macam tu, kamu pujuk Lily baik-baik. Ibu tahu anak ibu tu senang sangat nak merajuk. Tertinggi suara sikit pun dah merajuk. Ibu kenal sangatlah perangai anak ibu tu macam mana." kata Datin Laila dengan lembut.
"Lily tu dia hidup dengan penuh kasih sayang dari orang sekeliling dia. Dia dibesarkan dengan kelembutan. Masa dekat England dulu, dia dimanjakan dengan mummy, grandpa dan grandma dia. Dekat Malaysia ni pulak, dia dimanjakan dengan kami semua. Lagi-lagi ibu kamu tu. Nak cuit sikit pun tak boleh anak kesayangan dia tu." kata Dato' Zayn pula.
"Mendiang Maria dulu pernah cerita dekat kami yang mendiang grandma dan grandpa Lily memang terlalu sayangkan Lily. Sampai Lily luka sikit pun dia nak bawak pergi hospital. Maria tu tak payah cakaplah tahap sayang dia dekat Lily tu macam mana. Memang sampai Lily besar pun dia still lagi temankan Lily tidur. Setiap kali birthday Lily, dia akan menangis sebab dia rasa Lily membesar terlalu cepat. Sampaikan masa dia tahu pasal sakit dia pun, benda pertama yang dia risau adalah Lily. Lily dah tak ada sesiapa dekat sana selepas grandma dan grandpa dia meninggal." sambung Dato' Zayn lagi.
"How lucky she is." gumam Xavi dengan perlahan. Bibirnya tersenyum nipis.
"Kamu pujuklah Lily. Kitorang balik dulu. Pujuk dia elok-elok. Nanti baiklah tu. You know your wife well, right?"
Dato' Zayn keluar dari wad diikuti oleh isteri dan anak-anaknya. Kini tinggallah Hud yang masih duduk di hadapan Xavi.
"You still love her?" soal Xavi apabila mata Hud masih lagi memandang isterinya tanpa lepas.
Tipulah kalau dia cakap yang dia tak cemburu. Walaupun dia dah tahu yang Hud ni abang kepada isterinya, tapi dia tetap tak dapat tahan hatinya dari mencemburui abang iparnya sendiri.
"Aku pun dah buntu, Xavi. Aku cuba sayang dia selayaknya sebagai adik dan abang. Tapi... Aku gagal. Aku tak boleh tengok dia sebagai adik aku. Aku tak tahu macam mana nak buang cinta ni dekat Lily." kata Hud dengan jujur. Senyuman tawar diberikan kepada Xavi.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...