46

1.6K 107 24
                                    

4 TAHUN KEMUDIAN

Xavi yang baru pulang dari kerja mencari-cari keberadaan isteri kesayangannya itu. Selalunya Lily akan menunggunya di pintu rumah sebaik sahaja keretanya masuk ke dalam garaj.

Xavi mendaki tangga untuk menuju ke biliknya. Xavi masuk ke bilik dan melihat isterinya yang termenung di balkoni.

Xavi memeluk tubuh kecil isterinya dari arah belakang. Bahu isterinya dikucup lembut.

"It's okay baby. Bukan rezeki kita lagi. Nanti kita cuba lagi." pujuk Xavi. Dagu direhatkan di bahu kecil itu.

Pasti isterinya masih kecewa dengan keputusan pregnancy test yang dibuat pagi tadi.

Lily memusingkan tubuhnya menghadap Xavi. Tubuh kekar suaminya dipeluk erat. Xavi segera membalas pelukan dari isterinya sambil memberi kucupan lembut di ubun-ubunnya.

Lily memejamkan matanya. Pelukan suaminya selalu mampu menenangkan jiwanya yang sedang gundah gulana.

Setelah berpelukan selama beberapa minit tanpa mengeluarkan sebarang suara, akhirnya Lily melepaskan pelukan.

"Kenapa abang balik awal hari ni? Sekarang baru pukul 10 pagi." soal Lily dengan lembut. Senyuman diukir bagi menutup kesedihannya.

Xavi memandang lama mata isterinya yang begitu sembab. Hidung isterinya juga masih merah.

"Abang dah banyak kali pesan, jangan nangis tanpa abang. Lepaskan semua kesedihan tu masa abang ada kat depan sayang. Abang tak suka isteri abang sedih seorang diri macam ni." kata Xavi dengan lembut.

Tubuh kecil isterinya ditarik ke dalam pelukannya semula. Cuba meredakan kesedihan isterinya.

"Abang..." panggil Lily dengan suara yang bergetar.

"Shh... I'm here baby. Abang ada dengan sayang. Abang minta maaf sebab tak ada dengan sayang masa sayang sedih tadi. Sekarang abang dah ada. Sayang boleh lepaskan semuanya."

Tangisan Lily pecah semula setelah mendengar kata-kata suaminya. Teresak-esak dirinya menangis di dada suaminya.

Dalam diam Xavi menyeka air matanya yang turut mengalir. Sakit hatinya melihat isterinya bersedih begini.

Xavi mendukung tubuh isterinya ke arah katil lalu dibaringkan bersamanya. Tubuh Lily ditarik ke dalam pelukannya semula.

"Nangislah sayang kalau itu yang boleh buat sayang lega. Tapi tolong jangan nangis tanpa abang. Abang sedar yang abang takkan pernah dapat rasa luka yang sayang alami sekarang. Tapi sekurang-kurangnya biar abang tahu tentang semua luka tu. Sebab abang nak sembuhkan semua luka tu." pujuk Xavi. Rambut Lily diusap lembut.

Lily tertidur di dalam pelukan suaminya setelah sekian lama menangis.

Xavi melepaskan pelukan dengan perlahan-lahan. Risau lena isterinya akan terganggu akibat pergerakkanya.

Xavi turun ke tingkat bawah untuk memasak makanan kegemaran isterinya. Selalunya makanan itu akan membuatkan mood isterinya sedikit membaik.

"Tuan." panggil Seri setelah melihat majikannya itu menuju ke arah dapur.

Xavi pusing ke belakang lalu memandang pembantu rumahnya yang memanggil tadi. Kening dijungkit ke atas tanda menyuruh Seri menyambung bicara.

"Saya sebenarnya rasa serba salah nak bagitahu tuan pasal ni sebab saya dah janji dengan puan muda sebelum ni. Tapi... Saya rasa tuan memang patut tahu pasal benda ni." tutur Seri dengan gugup.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now