Pasangan suami isteri tersebut berjalan menuju ke arah lif sambil berpegangan tangan. Masih kedengaran ketawa halus keduanya ketika mengingat semula adegan di bilik tidur tadi.
"Abang... Bila masa pulak abang buat semua ni?" soal Lily apabila matanya dihidangkan dengan pemandangan bunga ros yang menghiasi jalan ketika keluar dari lif menuju ke ruang makan.
"Masa baby tidur tadi. Suka tak?" soal Xavi sambil memeluk tubuh isterinya dari belakang.
"Suka. Suka sangat-sangat. Thank you abang. Abang buat sendiri ke semua ni?"
Xavi menggaru keningnya yang tidak gatal. Sengihan kekok ditayangkan. Kalau jujur, agak-agak isterinya akan kecewa tak?
"Hmm... Abang minta tolong pekerja kita buatkan." jawab Xavi dengan jujur.
Riak wajah isterinya dipandang. Isterinya hanya senyum sambil angguk. Langsung tak nampak yang isterinya kecewa dengan jawapannya.
"Baby tak kecewa ke sebab abang tak buat semua ni sendiri?"
"Tak lah. Kenapa Tia nak kecewa pulak. Lagipun abang dah bersusah payah keluar beli semua ni. Itu pun dah tunjukkan effort abang untuk buat Tia happy. Thank you husband." dagu Xavi dikucup sekilas.
Xavi sedikit terharu dengan kata-kata isterinya.
Sepanjang perjalanan ke dapur, Lily akan mengambil semua bunga ros tersebut walaupun dilarang suaminya. Hingga penuh tangannya dan Xavi juga perlu memegangnya sekali.
"Berapa banyak abang beli bunga ni? Banyaknya." soal Lily sambil mencium aroma bunga ros yang berada di dalam pelukannya.
"200 kuntum je, yang."
Pap...
"Kenapa pukul abang ni?" soal Xavi sambil mengusap lengannya. Pukulan isterinya ni makin lama makin padu. Tak padan dengan tangan kecil.
"Kenapa beli banyak sangat? Membazir tau tak" marah Lily.
"Tak apalah... Lagi pun pulangan dia berbaloi sangat-sangat. Sampai tak ternilai pulangan dia." kata Xavi. Cuba bela diri daripada dibebel isteri tercinta.
"Pulangan apa pula ni, bang? Abang beli bunga bukan beli saham."
"Pulangan dia adalah... Senyuman indah bidadari dunia akhirat abang ni. Senyuman sayang lagi mahal daripada semua bunga ni. Bahagia sayang lebih berharga daripada harta yang abang ada." wajah isterinya dipandang lalu mata kirinya dikenyit. Mengusik isterinya.
Lily tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Lily meletakkan bunga tadi ke atas meja lalu memeluk suaminya.
"Sayang abang."
"Sayang isteri abang jugak."
Mereka seterusnya duduk di kerusi untuk menikmati makanan yang telah dibeli oleh Xavi tadi.
"Ibu ada call Tia semalam. Ibu ajak kita balik kampung ibu yang dekat Kelantan tu. Abang nak ikut?" soal Lily sebaik sahaja mereka selesai makan.
"Boleh jugak. Lagipun abang tak pernah jumpa family sebelah ibu. Bila nak pergi?" jawab Xavi sambil memandang isterinya di sebelah.
"Ibu kata nak pergi hari Rabu. Abang tak busy ke? Lagi 3 hari je ni"
"Abang boleh suruh Razak settle urusan pejabat bagi pihak abang. Lagipun baby pun dah lama right tak balik kampung."
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...