27

5.9K 101 22
                                    

"Why my wife still unconscious?" soal Xavi kepada seorang nurse yang masuk ke wad Lily untuk memeriksa keadaan isterinya.

"Isteri encik dah sedar dari pengsan tadi cuma sekarang dia masih dibawah pengaruh ubat tidur. Doktor suntik ubat tidur supaya puan Tiara dapat rehat. Sebab tu, puan Tiara belum sedar lagi." jawab nurse tersebut dengan lembut.

Tak lama selepas nurse tadi keluar, isterinya mula menunjukkan tanda-tanda sudah tersedar dari tidur. Kelopak matanya perlahan-lahan dibuka lalu ditutup semula kerana silau. Tangannya yang berbalut juga digerakkan.

"Sayang..." Xavi pantas berdiri lalu menekan butang kecemasan di hujung katil.

Seorang doktor dan beberapa orang nurse masuk ke wad Lily untuk memeriksa keadaan Lily.

"Encik keluar dulu ye. Biar kami periksa keadaan puan Tiara dulu. Nanti encik boleh masuk semula lepas kami selesai." kata seorang nurse sambil menarik tirai wad Lily.

Xavi akur akan arahan yang diberikan. Xavi mula mundar-mandir di hadapan wad isterinya. Jantungnya berdegup kencang risaukan isterinya.

•______________________________•

"Sayang dah kenyang ke?" soal Xavi apabila isterinya mula menggelengkan kepalanya perlahan ketika dia menyuakan sudu berisi nasi.

Xavi perlu menyuapkan isterinya makan kerana tangan kanan isterinya berbalut dan dijahit akibat pergelutan dengan Arisa tengah hari tadi. Sebenarnya boleh je Lily makan sendiri tapi Xavi yang berkeras nak suap. Katanya tak elok makan dengan tangan kiri. Lily ikutkan saja suaminya itu.

"Tak nak dah. Makanan hospital tak sedaplah, abang. Tawar." adu Lily dengan bibir yang dicebikkan.

"Tak baik cakap macam tu depan rezeki, sayang. Tak sedap pun tetap rezeki jugakan." tegur Xavi sambil jarinya mengusap hujung bibir isterinya yang comot.

"Sorry."

"It's okay, baby. Abang tak marah pun. Abang nasihat je. Lain kali jangan cakap macam tu lagi." kata Xavi dengan lembut. Diusap perlahan ubun-ubun isterinya.

"Abang... Nak peluk..." pinta Lily sambil mendepakan tangannya.

Xavi ketawa besar melihat tingkah laku isteri manjanya. Tak padan dengan sakit. Namun Xavi hanya menurut permintaan isterinya. Xavi bangun dari kerusinya lalu malabuhkan duduk di birai katil menghadap isterinya.

Sebaik sahaja Xavi melabuhkan duduk, Lily terus memeluk pinggang suaminya lalu menyembamkan mukanya di dada Xavi.

"Dah nak jadi mummy orang pun manja lagi kesayangan abang ni." usik Xavi sambil mencubit manja pipi Lily.

Lily hanya ketawa kecil. Siapa suruh suka sangat manjakan dia.

"Salah abang lah ni. Abang suka sangat manjakan Tia. Padan muka abang kena layan perangai manja Tia." kata Lily sambil mendongak memandang suaminya. Dikucup sekilas dagu suaminya sebelum kembali menyembamkan wajahnya di dada Xavi.

"Tapi abang suka je dengan perangai manja sayang ni. Nanti abang manjakan lagi biar sampai sayang tak boleh berenggang dengan abang langsung." usik Xavi. Lily hanya ketawa sahaja mendengar kata-kata suaminya.

Setelah itu, mereka hanya senyap. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.

"You know what hermosa... You almost take my breath away when I see you in that situation. Berlumuran darah. Muka pucat. Abang tak boleh bayangkan macam mana hidup abang lepas ni kalau sayang dan anak kita tinggalkan abang." bisik Xavi sambil menahan sebak.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now