Lily memusingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan kerana rasa tidak selesa. Tubuhnya terasa panas dan berpeluh.
Xavi tersedar dari tidur kerana pergerakkan yang dilakukan oleh isterinya. Lampu tidur dibuka.
"Sayang... What's wrong?" soal Xavi dengan suara serak basahnya kerana baru bangun dari tidur.
"Abanggg... Tia nak air. Kepala Tia pening. Tak larat nak bangun ambil air." pinta Lily dengan suara yang juga serak.
"Okay baby... Abang ambilkan air kejap." Xavi bergegas bangun lalu menuju ke arah mini fridge yang terletak di sebelah meja mekap isterinya.
Air dituangkan ke dalam gelas bagi memudahkan isterinya untuk minum.
"Minum slow-slow." gelas diserahkan kepada isterinya lalu peluh-peluh di wajah isterinya dilap dengan belakang tangannya.
"Baby demam ni." gumam Xavi perlahan.
"Jangan tidur dulu. Kita pergi mandi dulu lepas tu baru baby tidur. Biar demam baby turun sikit. Come...abang tolong baby." kata Xavi sambil mendukung tubuh kecil isterinya ke arah bilik air.
Selepas selesai mereka membersihkan badan, Xavi keluar dahulu untuk menutup air cond. Risau isterinya kesejukkan setelah mandi di dini hari.
Selepas itu barulah Xavi masuk ke bilik air semula untuk mendukung tubuh kecil isterinya lalu dibawa keluar. Diletakkan isterinya di kerusi meja mekap lalu mengambil hair dryer untuk mengeringkan rambut isterinya.
"Tak naklah abang. Tia nak tidur ni. Penat..." rengek Lily sambil menolak tangan suaminya yang ingin mengeringkan rambutnya.
"Tak boleh baby. Abang keringkan rambut dulu. Nanti demam baby makin melarat kalau tidur dengan rambut basah macam ni. Kalau baby tak larat, baby pusing belakang lepas tu sandarkan kepala dekat perut abang." pujuk Xavi dengan lembut sebelum melabuhkan bibirnya di kepala Lily.
Lily memusingkan tubuhnya menghadap suaminya yang sedang berdiri di belakangnya lalu menyembamkan wajahnya di perut Xavi. Lily hanya membiarkan suaminya mengeringkan rambutnya sambil matanya mula terpejam rapat.
"Ehh... Dah tidur ke?" soal Xavi sambil menunduk memandang wajah isterinya yang tidur bersandarkan perutnya.
Xavi menunduk sedikit lalu mendukung isterinya ke arah katil. Setelah meletakkan isterinya di atas katil, Xavi masuk pula ke dalam walk in wardrobe lalu mengambil bajunya dan pakaian untuk isterinya.
Sebelum keluar, Xavi memakai dahulu seluar pendeknya tanpa memakai baju. Selepas itu barulah dia keluar.
Xavi membuka tuala yang membaluti tubuh mungil isterinya lalu dipakaikan pakaian yang diambil tadi di tubuh isterinya.
Xavi turut berbaring di sebelah Lily lalu ditarik tubuh kecil isterinya untuk dipeluk sambil dia turut memejamkan mata untuk turut tidur bersama isterinya.
"Abanggg... Tia sejuk." rengek Lily tanpa membuka matanya.
"Baby tunggu kejap. Abang pergi ambilkan sweater baby."
Xavi masuk semula ke dalam walk in wardrobe untuk mengambil sweater milik isterinya. Selepas itu, Xavi membantu isterinya untuk memakai sweater tersebut.
"Abang... Sejuk lagi. Nak peluk abang." rengek Lily lagi.
"Shhh... Abang dah peluk ni. Tidur ye. Esok kalau tak kebah lagi, abang bawa sayang pergi klinik." pujuk Xavi sambil menepuk punggung isterinya. Pelukan dieratkan agar suhu tubuhnya dapat disalurkan ke tubuh isterinya.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...