"Are you sure tak nak ikut abang masuk office hari ni, baby?" soal Xavi.
Liky melepaskan keluhan perlahan. Dah tak tahu berapa kali suaminya menyoal setelah mereka bangun tidur.
"Iya, abang. Tia nak duduk rumah je hari ni." balas Lily dengan geram. Macam mana tak geram jika di soal dengan soalan yang sama berulang kali.
Xavi ketawa perlahan melihat wajah isterinya yang sudah cemberut.
"Sayang abang ni marah ke?" usik Xavi sambil menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan.
"Tak marah pun. Suka je ni."
Lebar senyuman Xavi mendengar balasan isterinya. Jarang-jarang boleh tengok isterinya marah macam ni.
"Abang minta maaf, ye? Dah... Tak maulah marah-marah macam ni. Tak tenang hati abang nak kerja kalau sayang marah macam ni. I'm sorry, okay?" kata Xavi dengan lembut. Dahi isterinya dikucup sekali sebelum mengeratkan pelukan.
"Okay, Tia maafkan. Tapi nanti abang kena belikan donut." balas Lily sambil membalas pelukan suaminya.
"Anything for my lovely wife."
Lily ingin melepaskan pelukan namun Xavi enggan melepaskannya. Makin erat pula pelukan suaminya itu.
"Sampai bila nak peluk ni? Abang tu belum breakfast lagi tau. Nanti lewat pula abang masuk office hari ni."
"Tunggulah kejap. Hari ni kan baby tak teman abang kat office. Nanti kalau abang rindu macam mana? Bagilah abang peluk dulu puas-puas." rengek Xavi dengan muka cemberut.
Memang Xavi selalu bawa Lily ke syarikatnya. Xavi siap buatkan bilik khas untuk isterinya. Demi keselesaan isterinya sepanjang berada di syarikat.
Tiga buah bilik di sebelah pejabatnya sengaja dikosongkan. Dua buah bilik dipecahkan menjadi satu bilik lalu diubah suai menjadi ruang tamu. Satu lagi bilik pula diubah suai menjadi bilik tidur.
Segala keperluan isterinya telah lengkap di bilik itu. Siap diberi nama 'Bilik Isteri Xavi Daniel'.
"Mengada je abang ni. Abang tak bosan ke asyik berkepit je dengan Tia ni? Masuk kerja pun nak bawa bini sekali." bebel Lily. Namun tangannya tetap memeluk tubuh sasa suaminya itu.
"Mana ada bosan. Abang akan bosan kalau sayang tak ada. Jom lah, yanggg... Abang tak tenanglah kalau sayang tak ada depan mata abang." rengek Xavi lagi. Tubuh mereka yang masih berpelukkan dipusingkan ke kiri dan ke kanan.
"Nanti lunch Tia datang." Lily mengalah.
"Janji?"
"Janji."
"Kalau macam tu nanti abang datang jemput baby kat rumah." kata Xavi sambil melepaskan pelukan.
"Tak payahlah. Nanti Tia pergi dengan pak Andak." balas Lily sambil membetulkan tali leher suaminya yang agak senget.
"Tapi lunch lambat lagi, yang." Xavi melentokkan kepalanya di bahu Lily. Lemah sahaja suaranya tadi.
Lily memicit batang hidungnya. Pening dengan perangai manja suaminya itu.
"Abang nak makan apa lunch nanti? Tia masak lauk favorite abang nak tak?" soal Lily. Cuba memujuk suaminya.
Kalau tak pujuk betul-betul, nanti dengan dia sekali kena heret masuk pejabat. Tak pun, suaminya buat perangai tak semenggah tak nak masuk kerja hari ni.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...