"Abang kena masuk office harini. Abang ada banyak meeting penting yang abang tak boleh tinggal." kata Xavi sambil memandang Lily yang duduk di depannya.
Lily hanya anggukkan kepalanya tanpa memandang wajah suaminya itu. Dia hanya menguis nasi di dalam pinggannya. Dia tiada selera nak makan.
Xavi mengeluh perlahan melihat reaksi yang ditunjukkan oleh isterinya. Sejak bangun tidur tadi, dia belum mendengar suara halus isterinya itu.
Setelah Xavi siap makan, dia menarik tangan Lily ke pintu depan bersamanya. Lily hanya mengikut tanpa membantah. Di biarkan sahaja suaminya menarik tangannya.
"Nanti lunch abang balik ambik baby. Kita lunch kat luar sama-sama. Kita pergi makan kat restoran favorite baby tu. Dah lama abang tak bawa baby makan kat situ."
Sekali lagi Lily hanya mengangguk dengan kata-kata suaminya itu. Xavi mengeluh perlahan.
"Say something please baby. Abang rindu nak dengar suara baby."
Lily mengeluh perlahan sebelum mendongak memandang suaminya di depan.
"Okey. Tia tunggu abang."
Xavi tersenyum gembira. Walaupun hanya kata-kata yang ringkas namun itu sudah memadai untuk mengubati rindunya. Ditarik tubuh kecil isterinya ke dalam pelukan eratnya.
Lily hanya senyap tanpa membalas pelukan suaminya. Dapat dia rasakan Xavi mencium ubun-ubun kepalanya beberapa kali sebelum melepaskan pelukan. Xavi memegang pipi isterinya supaya memandangnya.
"Abang minta maaf sebab dah kecewakan baby. Tapi kasih sayang dan cinta abang tak pernah menipu. Trust me baby." Xavi mencium lama dahi Lily.
Lily menolak perlahan tubuh Xavi supaya menjauhinya.
"Pergilah kerja. Nanti lewat." Lily menarik tangan suaminya sebelum dicium.
"Jangan buat kerja berat-berat. Pinggan mangkuk tadi tu biar je atas meja tu. Nanti maid datang biar dorang kemas. Kejap lagi baby naik atas rehat je." pesan Xavi sebelum dia mencium dahi dan kedua-dua belah pipi isterinya.
Lily hanya angguk faham. Lily menunggu kereta Lamborghini Revuelto milik suaminya keluar daripada perkarangan rumah mereka barulah dia menutup pintu rumah.
Lily terus naik ke bilik mereka lalu mengeluarkan luggage miliknya. Lily memesan Grab terlebih dahulu sebelum mengambil beberapa pasang pakaian serta tudungnya lalu diisi di dalam luggage tersebut.
Selepas itu Lily memakai shawl hitamnya sebelum membawa luggage miliknya keluar dari bilik.
15 minit menunggu akhirnya Grab yang dipesan olehnya sampai. Pemandu Grab itu membantu Lily untuk meletakkan luggagenya ke dalam bonet kereta sebelum bergerak keluar dari perkarangan rumahnya.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...