26

6.9K 74 2
                                    

Xavi termenung jauh di balkoni biliknya sambil menongkatkan tangannya di penghadang balkoni. Memikirkan masalah yang datang bertimpa-timpa kepadanya sejak akhir-akhir ini membuatkan dirinya sukar untuk tidur.

Dia tak kisah jika hanya dirinya yang menjadi tumpuan musuh. Masalah sekarang, musuhnya menggunakan isterinya untuk membalas dendam kepadanya.

Dia risaukan keselamatan isterinya. Lagi-lagi sekarang isterinya sedang sarat mengandung anak sulung mereka.

Sedang dia ralit memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah-masalah itu, sepasang tangan halus melingkar erat di pinggangnya seraya menyandarkan pipi di belakang tubuhnya.

"Kenapa abang belum tidur lagi? Dah dekat pukul 1 pagi ni."

Xavi memusingkan tubuhnya ke belakang lalu menarik tubuh Lily ke dalam pelukan. Dicium sekilas dahi isterinya.

"Abang belum mengantuk lagi sayang. Kenapa hermosa abang ni bangun?"

"Sebab abang tak peluk." jawab Lily dengan manja. Sejak mengandung ni, makin manja dia dengan Xavi. Pantang hilang kejap, mulalah mencari keberadaan suaminya itu.

"Kalau macam tu, jom kita masuk tidur. Biar abang peluk sampai subuh." kata Xavi sebelum mendukung tubuh isterinya untuk dibawa masuk ke dalam bilik.

"Abang ni suka sangat dukung Tia. Tia dah saratlah abang. Tia dah makin gemuk sekarang ni. Kesian abang." rungut Lily. Tangannya naik melingkar di leher suaminya kerana takut jatuh.

"Mana ada berat pun. Abang masih kuat lagilah setakat nak dukung sayang. Tak jatuh punyalah." kata Xavi sambil meletakkan tubuh Lily ke atas katil sebelum dia turut membaringkan tubuh di sebelah Lily.

"Abang tak sejuk ke tak pakai baju duduk kat luar tadi?" soal Lily. Lily mendekatkan diri ke arah suaminya sebelum memeluk erat pinggang suaminya. Direhatkan kepalanya di atas dada suaminya.

"Sayang tolong hangatkan abang, boleh?"

Xavi merengkuh erat tubuh isterinya seraya melabuhkan bibirnya di atas bibir isterinya. Dicium lembut bibir isterinya sambil tangannya mengusap pinggang isterinya.


"Can I?" soal Xavi sebaik sahaja bibir mereka terpisah.

Lily melilitkan lengannya di leher suaminya sambil mengukirkan senyuman manis.

"I'm yours abang. Do whatever you want to me."

"I love that phrase, baby." Xavi kembali menyatukan bibir keduanya setelah selesai menuturkan ayat tersebut.

•______________________________•

Xavi mengerling ke arah jam dinding di sudut bilik mereka.

'Dah pukul 4 pagi. Rehat kejaplah. Kejap lagi baru kejut baby mandi.'

Xavi menarik tubuh isterinya mendekatinya untuk dipeluk. Xavi menarik selimut untuk menutup tubuh bogel mereka berdua sebelum turut memejamkan matanya untuk berehat seketika.

•______________________________•

"Sayang nak breakfast kat mana hari ni?" soal Xavi. Matanya ralit memerhatikan isterinya yang sedang memakaikan tali leher untuknya.

"Entahlah. Tia pun tak tahu Tia nak makan apa hari ni." balas Lily sambil mengalungkan lengannya di leher suaminya setelah siap memakaikan tali leher suaminya.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now