08

14.1K 144 1
                                    

Lily mengerutkan wajah melihat lembu yang disembelih. Ini pertama kali dia melihat orang sembelih lembu.

Lily menekupkan wajahnya di lengan Xavi. Ngeri tengok darah lembu itu yang terpercik merata tempat.

"Sayang okay tak?" soal Xavi lalu memeluk bahu isterinya. Dia takut isterinya tak selesa dengan bau-bau di situ.

"Tia okay. Cuma tak sanggup tengok." balas Lily tanpa memandang suaminya.

Mereka duduk di situ sehingga hampir maghrib untuk melihat proses penyembelihan dan melapah kulit lembu. Mereka berdua naik ke rumah semula setelah dipanggil oleh opah.

"Amboiii. Tak lepas tangan bini dia. Takut kena kebas ke Xavi?" usik pembantu rumah opah, Mak Na.

Dia turut menjadi saksi dengan melihat adegan tumbuk menumbuk antara Hadi dan Xavi siang tadi.

"Orang baru dapat bini Mak Na tu yang kemaruk sangat dengan bini sendiri tu. Betul tak Levi?" ujar Zach ingin mengusik adik dan adik iparnya.

Macam pelik je nak panggil adik ipar sedangkan Xavi lebih tua darinya.

Levi hanya mengangguk mengiyakan kerana dia sedang makan. Yang lain hanya ketawa. Suka dapat mengusik mamat yang tak pernah bercinta tapi dah kahwin.

"Mana boleh lepas Mak Na. Maklumlah buaya darat sekarang tak kira dah bini orang ke bukan. Semua dia nak kebas." balas Xavi sambil menjeling Hadi yang turut berada di situ.

Hadi menjeling benci apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Xavi. Dia menggengam tangannya kuat apabila melihat Xavi menarik Lily duduk disampingnya lalu memeluk erat pinggang ramping Lily.

Xavi dan Hadi beradu pandangan tajam tanpa disedari oleh Lily yang sibuk bersembang dengan jiran-jiran opah yang turut membantu mereka. Esok opah membuat majlis kecil-kecilan untuk perkahwinan mereka.

Hadi menelan liur kasar apabila melihat beberapa tanda merah di leher Xavi.

Tadi pun sempat dia pergi mengendap di depan bilik Xavi. Dia ingat mereka bergaduh, rupanya benda lain yang dia dengar. Dan dia belum bodoh untuk tahu apa yang mereka buat selepas mendengar bunyi itu tadi.

"Lily selesa ke duduk sini?" soal opah sambil memandang wajah cucu menantunya.

"Selesa je opah. Seronok dekat kampung opah. Nanti Lily nak datang lagilah kat sini." jawab Lily dengan wajah teruja. Yang lain ketawa dengan tingkah Lily.

"Adik ada bawak tak ubat? Kalau takde nanti ambik dengan papa. Papa ada bawak takut adik lupa." ujar Dato' Zayn dengan lembut.

"Lily ada bawak ubat tu. Papa jangan risaulah pasal Lily. Lily okay kat sini." ujar Lily sambil senyum kepada papanya.

Selepas itu mereka berbual kosong tentang majlis yang akan diadakan esok hari.

"Abang. Nanti lepas majlis esok, kita pergi jalan-jalan ye." ajak Lily sambil menepuk lembut paha suaminya sekaligus mengalihkan tumpuan Xavi yang masih beradu pandang dengan Hadi.

"Boleh sayang. Tapi kita pergi lusa okay. Esok mesti sayang penat." ujar Xavi lalu mencium sekilas pipi isterinya. Saja nak bakar hati orang tu.

"Amboiii Xavi. Dah tak tengok kiri kanan dah ke. Main cium je bini dia tu." usik mak cik Nab, jiran tokma.

"Alah mak cik. Dapat bini cantik macam ni memang tak tengok kiri kanan dah. Nampak dia je ni. Aduh... yang sakitlah" balas Xavi lalu mengaduh perlahan apabila pinggangnya dicubit Lily.

"Untunglah Xavi dapat bini lawa macam Lily ni. Dah lah lawa, baik, sopan, rajin pulak tu. Nanti dapat anak mesti cun melecun punyalah. Bapak segak mak pulak lawa." puji Mak Na.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now