"Xavi makanlah sikit nasi ni. Dah 2 hari kamu demam tapi kamu langsung tak nak sentuh makanan. Ubat pun tak nak makan. Macam mana kamu nak sembuh kalau buat perangai macam ni. Kamu nak mama call Lily ke? Bagitahu kat Lily yang kamu sakit?" bebel Puan Sri Rose kepada anak lelakinya.
Xavi mencelikkan matanya lalu memandang ke arah mamanya. "Janganlah call Tia mama. Biar je dulu Tia kat sana. Nasi tu pulak mama letaklah atas meja tu. Nanti pandai pandailah Xavi nak makan."
"Suka hati kamulah Xavi. Dah nak jadi bapak orang pun masih lagi buat perangai tak semenggah kamu tu. Mama keluar dulu. Pastikan kamu makan nasi tu. Dari pagi kamu tak makan. Ni dah malam pun belum makan lagi." bebel Puan Sri Rose sambil meletakkan pinggan yang berisi nasi tersebut ke atas nightstand lalu keluar dari bilik anaknya.
Ketika Puan Sri Rose turun ke ruang tamu, beliau bertembung dengan menantunya Diana yang sedang bermain dengan anaknya Lia di ruang tamu.
"Xavi dah makan ke hari ni mama?" soal Diana kepada ibu mertuanya.
Semua sudah sedia maklum tentang Xavi yang sedang demam panas namun langsung tidak mahu menyentuh makanan dan makan ubat.
"Adik ipar kamu tu kepala batu Dee. Mana maunya makan kalau mama pujuk sekali pun. Mama ni risaukan dia Dee. Dah berapa hari dia tak makan." pening Puan Sri Rose dengan perangai anaknya itu.
"Xavi demam rindukan Lily agaknya mama. Mama tak call Lily suruh balik ke?" soal Diana kepada ibu mertuanya.
Belum sempat Puan Sri Rose membalas pertanyaan menantunya itu, anaknya Levi dan suaminya Tan Sri Adam yang baru sahaja pulang daripada pejabat turut sama duduk di ruang tamu. Mereka pulang lewat harini kerana perlu menggantikan Xavi yang tidak dapat masuk pejabat.
"Bincang pasal apa ni? Nampak macam serious je ni?" soal Tan Sri Adam kepada isteri dan menantunya.
"Bincang pasal anak lelaki kesayangan you tu lah. Puas I pujuk dia suruh makan nasi dan ubat tapi langsung tak nak dengar. Dah nak jadi bapak orang pun perangai tak berubah lagi. Degil betullah." bebel Puan Sri Rose dengan muka yang berkerut-kerut.
"Mama call Lily jelah senang. Si Xavi tu demam pun sebab rindukan bini dia. Tak payah nak dengar sangat cakap dia tu." kata Levi sambil mengangkat anak perempuannya ke atas ribanya.
"Haah mama. Dee pun sokong kalau mama call Lily. Dee rasa Lily tak tahu pun yang Xavi tengah demam sekarang ni. Kalau dia tahu mesti dia dah balik sekarang." kata Diana.
"Kalau macam tu mama nak call Lily sekaranglah." Puan Sri Rose mengambil telefonnya yang diletakkan di atas meja kopi di depannya.
"You call Lily dulu. I dengan Levi nak pergi tengok keadaan Xavi kat atas tu. Macam-macamlah anak you ni." kata Tan Sri Adam.
"Asal buat masalah je anak I. Kalau yang elok semua anak you." rungut Puan Sri Rose namun Tan Sri Adam hanya mengendahkan rungutan isterinya itu.
•______________________________•
Lily sedang duduk bersantai di kerusi yang disediakan di beranda chalet yang disewanya itu. Sesekali Lily akan memeriksa telefonnya.
Sebenarnya sudah 2 hari Lily merasakan hatinya tidak tenang. Seakan-akan ada sesuatu yang berlaku. Suaminya pun sudah 2 hari tidak mengangkat panggilan telefon darinya.
Mereka hanya berhubung melalui whatsapp sahaja. Setiap kali dia menghubungi suaminya, pasti suaminya itu akan memberi pelbagai alasan. Pergi tandaslah, pergi dapurlah, tolong mamalah. Tapi lepastu takde call dia balik pun.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...