Xavi memandang keadaan sekitar rumah tersebut. Rumah kayu dua tingkat yang berada berdekatan dengan rumah-rumah yang lain. Berlainan dengan rumah opahnya yang berada jauh dari rumah jiran yang lain.
"Rumah tok mi besar sebab semua adik beradik ibu duduk sekali." kata Lily tanpa dipinta.
Xavi hanya angguk dengan penjelasan isterinya. Rumah tersebut memang agak besar jika dibandingkan dengan rumah jiran-jiran yang lain.
"Jom turun. Diorang takkan sambut kita macam dekat kampung opah." kata Lily sebelum membuka pintu kereta.
Ziyad, Zafran dan Zachary juga baru sahaja sampai dengan menggunakan motorsikal berkuasa tinggi. Manakala Dato' Zayn dan Datin Laila sampai bersama dengan mereka berdua menggunakan kereta yang lain.
Ahli keluarga Datin Laila keluar dari rumah dan berdiri di tangga. Mungkin akibat mendengar bunyi bising yang berasal dari halaman rumah.
Datin Laila menjadi orang pertama yang naik ke atas rumah terlebih dahulu sebelum diikuti oleh Dato' Zayn dan 3 orang anak lelakinya.
Baru sahaja Lily ingin membuka langkah untuk mengikut jejak keluarganya, tangannya telah ditarik oleh sang suami.
"Jangan pergi lagi. Tunggu abang ambil luggage dulu. Kita naik sama-sama" Lily anggukkan kepala dengan arahan suaminya.
Xavi mengambil luggage dari dalam bonet kereta sebelum berjalan mendekati keluarga besar Datin Laila bersama isterinya di sisi.
"Ini ke menantu kau tu Laila? Tu... Kereta yang dia bawa tu kereta yang kau belikan ke? Ke dia sewa sebab nak menunjuk dekat orang kampung aku ni?" kata mak uda dengan sinis.
Kata-kata mak uda hanya dihiraukan oleh semua orang. Xavi pun hanya buat bodoh dengan soalan mak uda itu.
"Assalamualaikum tok mi."
Lily menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan tok mi namun ditepis kasar. Datin Laila mengetap bibir geram melihat anaknya diperlakukan sebegitu rupa.
Xavi memandang tajam wajah nenek tiri kepada isterinya itu. Tak padan dengan umur orang tua ni. Kubur dah panggil dah tu.
"Jom kita balik baby." ajak Xavi sambil menarik tangan isterinya untuk turun semula.
Dato' Zayn dan Datin Laila hanya membiarkan sahaja. Malah mereka akan lebih bersyukur jika Xavi membawa pulang Lily.
Baru sahaja kaki mereka ingin menjejak anak tangga pertama, suara dari arah belakang mereka menghentikan langkah mereka berdua.
"Ehh... Tuan Xavi, kan? Tuan buat apa kat sini? Tuan cari I ke sebab I tengah cuti sekarang? Rindu I ke?"
Seorang gadis keluar dari rumah tersebut dengan rambut yang berserabai dan masih berbaju tidur walaupun sekarang dah hampir waktu asar.
"Do I know you?" soal Xavi dengan hairan. Langkah yang baru dimulakan tadi terhenti dengan kata-kata dari gadis itu.
"I Faznila. I ni tea lady dekat company you. I yang selalu hidang air masa meeting." jawab Faznila dengan lembut. Rambutnya segera dibetulkan.
"Mama, tok mi, mak uda. Ni lah bos Nila. Tuan Xavi Daniel Robert. Anak kepada Tan Sri Adam Robert. Pemilik syarikat tempat Nila kerja sekarang. Multi billionaire termuda di Malaysia." kata Faznila dengan riak bangga.
Ziyad, Zafran dan Zachary berpeluk tubuh sambil melihat wajah terkejut keluarga mereka. Tadi syok sangat mengata adik ipar mereka.
"Lily! Kau ni nak ikut jejak langkah mak kau yang dah mati tu ke? Tuan Xavi ni dah kahwin. Yang kau pergi pegang-pegang tangan dia dah kenapa? Jangan nak jadi perempuan murah boleh tak" kata Faznila dengan nada yang marah.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...