Buk... Buk... Buk...
Xavi memukul tubuh Hadi yang diikat dengan tangan diatas bertubi-tubi menggunakan kayu baseball. Dihiraukan kemeja putihnya yang telah dibasahi darah yang memercik dari tubuh Hadi.
"Sebab kau, bini aku sakit."
Buk...
"Sebab kau, bini aku dapat banyak trauma."
Buk...
"Sebab kau, anak aku mati."
Buk...
"Sebab kau, bini aku menderita. KAU NI MEMANG SETAN"
Buk... Buk...
Xavi menyerahkan kayu baseball yang digunakan tadi kepada anak buahnya setelah puas membantai Hadi hingga lembik.
"Takkan kau dah nak stop. Tak mampus lagi tu." sampuk Ziyad setelah sahabatnya itu memberikan kayu baseball kepada anak buah mereka.
"Kau tak payah menyampuklah, setan." marah Riftan. Paha Ziyad ditampar kuat.
"Kalau aku setan, kau tu bapak segala setan. Sedap mulut je nak menyetankan aku. Tak sedar dia tu lagi setan dari aku." omel Ziyad tak puas hati.
"Baik korang senyap sebelum aku yang jadi setan kat sini. Tak pasal-pasal korang berdua yang ganti tempat si Hadi tu nanti." ugut Bariq tanpa memandang kedua sahabatnya itu. Matanya memandang ke arah Xavi yang langsung tak pedulikan pergaduhan mereka bertiga di sofa.
Terus Riftan dan Ziyad mengunci mulut. Diantara mereka berempat, Bariq dan Xavi adalah yang paling setan. Kalau Riftan adalah bapak setan. Maka Bariq dan Xavi ialah ketua segala setan.
Apa yang mereka cakap, mereka akan buat. Perangai mengalahkan setan yang sebenar. Setan pun takut nak masuk dekat dengan mereka berdua tu.
Namun sebelum ni Xavi sudah berubah setelah berkahwin dengan Lily. Cuma sekarang, setan dia keluar balik kerana isterinya diusik oleh pihak musuh.
"Kau nak rasa tak macam mana isteri aku rasa masa kau dera dia? Ataupun, kau nak rasa macam mana isteri aku rasa lepas kau paksa isteri aku makan pil gugur?" soal Xavi sambil menarik rambut Hadi kebelakang sehingga mendongak memandangnya.
Hadi hanya mampu memandang sahaja wajah sepupunya itu. Tenaganya sudah habis akibat dibantai habis-habisan oleh Xavi sejak satu jam yang lalu.
"Tapi aku rasa kau layak rasa kedua-duanya. Yang bezanya, aku akan balas berlipat kali ganda lagi dekat kau sampailah kau mampus. So... Get ready brother." ujar Xavi dengan sinis.
Pipi Hadi ditepuk perlahan sebelum berlalu ke arah sebuah meja. Meja itu sudah dipenuhi dengan 'barang-barang kesayangan' Xavi.
"Ini balasan sebab kau libas isteri aku dengan tali pinggang kau. Sampai isteri trauma setiap kali tengok aku buka tali pinggang."
Satu rantai besi yang panjang, halus dan berduri diambil. Xavi berjalan ke arah belakang badan Hadi sambil melilitkan rantai besi tersebut di tangannya. Dihiraukan sahaja luka di tangannya akibat terkena duri di rantai tersebut.
Zass...
"ARGHHH..."
Zass...
Bilik itu kini dipenuhi dengan teriakan daripada Hadi setiap kali rantai tersebut dilibas di tubuhnya. Lantai tempatnya berdiri juga sudah dikotori dengan darah.
Xavi meletakkan kembali rantai tersebut di meja setelah berpuas hati melihat belakang badan Hadi yang sudah hancur.
"Disebabkan aku ni baik hati harini, jadi aku nak tolong mandikan kau. Kesian kau dah lama tak mandi." kata Xavi sambil mengangkat sebaldi air lalu disibah tepat di kawasan libasannya tadi.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...