'Yupp... Memang aku kahwin dengan Lily sebab aku nak balas dendam dekat keluarga diorang. Aku tak pernah pun cintakan dia. Budak tu memang senang untuk diperbodohkan. Aku pujuk sikit je dah percaya. Nanti lepas dia lahirkan anak aku tu, aku akan ceraikan dia. Biar dia besarkan budak tu sorang-sorang.'
'Habis tu kenapa kau nak lepaskan dia lepas dia beranak? Kenapa tak lepaskan je sekarang?'
'Sebab aku belum puas nak guna body dia. Aku mula-mula nak ceraikan dia lepas dia mengandung. Tapi body dia makin mantap pulak lepas mengandung ni. Bodohlah aku kalau lepaskan barang baik macam tu. Nanti aku dah bosan baru aku lepaskan dia.'
Menggigil tangan Lily mendengar rakaman suara yang dihantar kepadanya oleh seseorang yang tidak dikenali. Betul ke rakaman ni? Betul ke suaminya tak pernah cintakan dia?
Lily tahu tu suara suaminya dan Joe. Dia cam suara mereka. Walaupun baru jumpa sekali tapi Lily memang kenal dengan suara Joe.
'Ya Allah... Ujian apa lagi kali ni?'
Lily terus menghubungi suaminya namun tak dapat. Dia cuba lagi beberapa kali namun hasilnya tetap sama.
"Angkatlah abang. Kenapa susah sangat nak angkat call ni." gumam Lily dengan perlahan.
Sekarang ni Xavi sedang outstation di Sarawak. Dia tak nak ikut suaminya kali ni sebab dia tahu suaminya akan sibuk. Jadi lebih baik dia duduk di rumah. Lagipun cuma 3 hari suaminya di sana.
Namun tak sangka pula baru sahaja sehari suaminya meninggalkannya di sini, sudah ada ujian yang datang. Lily mula keliru.
Lily mengusap perutnya yang sudah membesar. Kandungannya sudah mencecah 6 bulan.
'Babah takkan buat macam tu dekat kitakan baby? Babah takkan tinggalkan kita kan? Ni semua fitnah je kan? Babah sayang mummy, kan?'
Lily cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan ini semua fitnah namun air matanya tetap mengalir laju.
'Tapi tu suara abang. Kenapa abang buat macam ni dekat Tia?'
"Puan muda... Puan muda okay ke? Kenapa puan muda menangis ni?" soal Seri dengan kalut sambil mengusap bahu Lily.
Seri ditugaskan untuk menemani Lily sepanjang ketiadaan Xavi di mahligai mereka. Mak Iti tak dapat temankan Lily kerana perlu menjaga suaminya yang tidak sihat di rumah.
Lily tidak membalas dan mula menangis teresak-esak sehingga tersengguk-sengguk bahunya. Sedang Lily melayan perasaannya, kedengaran bunyi loceng rumah di tekan. Seri segera berlalu untuk membuka pintu. Lily segera menghapuskan air matanya.
"Ada orang nak jumpa puan muda. Dia kata nak bincang hal penting dengan puan muda." kata Seri sambil mengiringi seorang perempuan yang sangat dia kenali.
'Ina?'
Namun ada satu benda yang menarik perhatiannya sekarang. Ina memakai jubah dan shawl walaupun tidak sepenuhnya menutup rambutnya itu. Dan perutnya sudah besar.
Satu lagi, dia sedang dukung seorang bayi lelaki mungkin dalam lingkungan umur 7 atau 8 bulan.
"Hai Lily. Aku ada benda nak bincang dengan kau. It's urgent." kata Ina.
Lily mengangguk perlahan sebelum menjemput Ina untuk duduk di sofa lalu mengarahkan Seri untuk hidangkan air untuk tetamu yang tidak diundang ini.
"Akak nak bincang apa?" soal Lily setelah Seri berlalu ke dapur untuk membuat air.
"First aku nak minta maaf dengan kau. Aku tak ada niat nak robohkan masjid yang kau bina dengan Xavi. Aku cuma nakkan keadilan untuk diri aku. Dan juga untuk anak-anak aku." kata Ina dengan suara yang sedih. Dia sudah mula menangis di hadapan Lily.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...