"Abang memang tak nak masuk office terus ke harini? Macam mana dengan meeting yang abang cakap tadi? Abang tunda ke? Orang tak marah ke abang tunda meeting tiba-tiba macam tu?" soal Lily sambil melipat telekung selepas selesai solat zohor bersama suaminya.
Xavi tidak terus menjawab sebaliknya menarik tangan Lily ke arah katil lalu berbaring bersama.
"Abang ambik cuti terus harini. Meeting tu abang tunda esok. Abang nak manja-manja dengan isteri abang je harini."
Lily ketawa perlahan apabila suaminya mencium pipinya dengan geram.
"Dah dah lah tu abang. Tia nak turun masak lunch ni. Dah pukul 2 tak masak lagi. Abang punya pasal lah ni. Tak bagi Tia keluar bilik."
"Abang dah suruh maid masak lunch harini. Abang nak baby rehat je harini. Tak payah masak. Tugas baby sekarang ni kena layan abang je." kata Xavi sebelum menyatukan bibir mereka seketika.
"Jom turun bawah. Abang rasa dah siap kot dorang masak." Xavi bangkit dari baringannya lalu membantu isterinya turun.
"Baby boleh jalan tak? Kalau tak boleh biar abang pergi ambik makanan untuk baby. Baby tunggu sini jelah." risau jugak Xavi apabila isterinya itu berjalan seperti orang dalam pantang. Tadi masa isterinya itu berjalan ke bilik air, nampak macam okay je.
Lily dongak ke atas untuk memandang wajah suaminya. Kalut Xavi apabila perasan mata isterinya yang berair.
"Baby kenapa ni? Sakit sangat ke abang buat pagi tadi? Kita pergi klinik sekaranglah."
"Tak sakit pun tapi Tia lapar." jawab Lily dengan bibir yang mencebik sedih.
Xavi menepuk dahinya kuat apabila mendengar jawapan polos isterinya. Macam-macamlah ibu mengandung ni sorang. Buat terperanjat orang jelah.
"Habis tu kenapa baby jalan macam tu tadi? Buat abang risau jelah."
"Tia jalan macam tu sebab lenguh. Ni semua salah abang juga tau tak." kata Lily dengan wajah yang masam mencuka.
"Okay-okay, salah abang. Baby tunggu sini dulu kejap. Abang turun ambilkan makanan untuk kita lepastu abang suapkan baby makan."
Xavi meninggalkan Lily keseorangan di dalam bilik mereka lalu turun untuk mengambil makanan tengah hari mereka di bawah.
Selepas beberapa minit Xavi kembali. Xavi mengambil tempat di sebelah isterinya yang sedang duduk di sofa.
"Kenapa satu je pinggan? Mana abang punya?"
"Kita share lah baby. Meh sini biar abang suapkan isteri kesayangan abang ni."
Selepas mereka selesai makan tengah hari, Xavi menarik tubuh isterinya supaya berbaring di katil dan tidur.
"Baby tidurlah. I know you're tired. Kejap lagi abang nak keluar pergi kolej baby kejap. Nak uruskan pasal intern tu." Xavi menepuk perlahan punggung Lily untuk mendodoi isterinya.
"Tapi tak eloklah abang terus tidur lepas makan. Nanti gemuk tau." Lily cuba untuk bangun namun ditahan oleh suaminya.
"Biarlah baby gemuk sikit. Sedap sikit abang peluk nanti." kata Xavi sambil mencium pipi Lily beberapa kali.
"Sekarang ni tak sedap peluk ke?" Lily mengecilkan matanya sambil memandang tajam ke arah suaminya itu.
Xavi hanya senyum melihat isterinya yang sudah mula nak naik angin. Sekarang ni kalau salah cakap sikit memang angin satu badanlah isterinya itu.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...