40

3.2K 129 20
                                    

Saat ini, Lily hanya bersendirian di dalam wadnya kerana Datin Laila ke cafe untuk membeli makanan.

Dato' Zayn dan abang-abangnya perlu ke Jordan lagi untuk menguruskan syarikat keluarga mereka di sana. Datin Laila tak ikut serta kerana ingin menemani Lily di wad.

Lily termenung sambil menikmati pemandang luar melalui tingkap wadnya. Perlahan-lahan tangannya menyentuh perut kempisnya.

"Menungkan apa tu sayang? Sampai kami masuk pun adik tak sedar?" soal Datin Laila.

Lily menoleh ke sebelah lalu melemparkan senyuman tipis kepada keluarga mentuanya. Puan Sri Rose segera mendekati menantunya lalu memeluknya erat.

"Menantu mama ni sihat tak? Semalam masa mama datang, Lily tengah tidur. Mama tak sampai hati nak kejutkan. Nampak lena sangat."

Lily hanya senyum dan anggukkan kepalanya. "Lily sihat je mama. Cuma kaki Lily ni belum pulih sepenuhnya lagi."

"Tak apa. Doktor pun dah cakap kaki kamu akan sembuh tak lama lagi. Banyakkan bersabar. Jangan paksa sangat kaki tu. Biar dia sembuh pelan-pelan." nasihat Tan Sri Adam. Lily hanya membalas dengan senyuman.

"Lia tak datang ke kak?" soal Lily kepada birasnya, Diana. Dah lama dia tak tengok anak buahnya itu.

"Lia duduk dengan atuk nenek dia kat rumah kak ngah akak. Kebetulan diorang datang Kuala Lumpur. Lia pun dah rindu kat atok nenek dia. Itu yang akak hantar kat diorang kejap." kata Diana. Lily hanya angguk.

Setelah hampir dua jam berbual kosong, mereka sekeluarga meminta diri untuk pulang ke rumah. Kini hanya tinggal Lily dan Datin Laila sahaja di wad tersebut. Xavi pula masih setia menunggu di luar wad isterinya.

"Kenapa adik termenung je ni, sayang? Adik fikir apa? Dari tadi lagi ibu perasan adik asyik termenung je. Kenapa ni? Bagitahu ibu."

Lily memandang lama wajah ibunya. Masih mencari ayat yang sesuai untuk memberitahu ibunya. Risau kata-katanya sebentar lagi akan buatkan Datin Laila terkejut.

"Nanti Lily dapat keluar dari hospital ni... Boleh ibu temankan Lily ke mahkamah?" soal Lily dengan perlahan. Matanya beralih memandang jarinya pula. Tak berani bertentang mata dengan ibunya yang nampak sedikit terkedu.

"Kenapa nak pergi mahkamah?" soal Datin Laila. Dia dah dapat agak kenapa Lily mengajaknya ke mahkamah.

"Lily nak buat permohonan cerai." jawab Lily dengan gugup.

"Ya Allah... Adik sedar tak apa yang adik cakap ni? Jangan nak mengarutlah. Ibu tak suka." marah Datin Laila. Akibat terkejut dengan kata-kata sang anak, tanpa sedar Datin Laila meninggikan suara kepada Lily.

Lily memandang Datin Laila dengan air mata yang hampir tumpah ke pipi. Datin Laila tak pernah tinggikan suara kepadanya sebelum ni. Datin Laila selalu berlembut dengannya sebelum ni.

"Lily sedar apa yang Lily buat. Disebabkan Lily sedarlah Lily buat keputusan ni, ibu. Ada sebab kenapa Lily nak buat semua ni." jawab Lily dengan perlahan. Keluhan dilepaskan.

"Apa sebabnya? Adik marahkan Xavi ke?"

"Tak... Lily tak pernah marahkan abang. Tak ada sebab untuk Lily marahkan abang." balas Lily dengan laju. Kepalanya digelengkan sambil memandang Datin Laila.

"Habistu kenapa adik nak minta cerai? Xavi tu ibu tengok tak ada kekurangannya sebagai seorang suami. Xavi betul-betul sayang dan cintakan adik. Percayalah cakap ibu." kata Datin Laila dengan suara yang lembut semula. Ada rasa bersalah di hatinya kerana telah memarahi Lily tadi.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now