11

7.9K 63 0
                                    

Setelah berjaya mendapatkan laksa penang dan telur sarang yang diinginkan oleh isterinya, Xavi singgah dahulu di farmasi untuk membeli pregnancy test. Dibeli semua jenis pregnancy test yang dijual di farmasi itu sebelum memandu pulang semula.

Xavi melangkah masuk ke rumah opah setelah memberi salam. Dilihat ruang tamu yang kosong tanpa penghuni. 'Dah masuk bilik kot'.

Xavi terus melangkah ke arah dapur dahulu untuk meletakkan makanan isterinya dimeja. Hanya ada Mak Na sahaja yang sedang sibuk memasak. Selepas meletakkan makanan di atas meja barulah Xavi masuk ke biliknya.

Xavi meletakkan plastik farmasi di meja mekap dan berlalu ke arah isterinya yang masih tidur. Diusap penuh sayang wajah pucat isterinya.

Pucat pun masih cantik.

Lily membuka mata perlahan selepas merasakan wajahnya diusap perlahan. Dipandang wajah Xavi yang sedang tersenyum kepadanya.

"Bangunlah. Abang dah belikan laksa penang untuk sayang. Nanti abang bawa masuk bilik." kata Xavi sambil tangannya mengusap rambut Lily.

"Tak apalah. Saya makan kat dapur je. Saya nak mandi dulu. Nanti saya turun." kata Lily lalu cuba untuk turun dari katil.

Lily memejamkan matanya apabila kepalanya kembali pening. Dipegang kepalanya sambil duduk semula di katil. Xavi memandang risau kepada isterinya.

"Sayang okay tak ni? Biar abang mandikan sayanglah. Sayang tak sihat lagi ni." tanpa membuang masa terus dicempung tubuh isterinya menuju ke bilik air.

Lily hanya membiarkan suaminya memandikan dirinya. Kepalanya pening sangat sekarang ni. Tak larat nak gaduh.

Xavi mendukung isterinya keluar dari bilik air selepas selesai memandikan Lily. Diletakkan tubuh Lily yang hanya berbalut tuala mandi itu di atas katil sebelum ke almari pakaian untuk mengambil pakaian Lily.

Selepas mengeringkan rambut Lily menggunakan hair dryer, Xavi menyikat rambut Lily dengan lembut lalu diikat kemas. Kemudian Xavi menolong Lily memakai pakaiannya.

Selepas memakai pakaian dalamnya, Lily memakai seluarnya sambil dibantu oleh Xavi. Xavi ingin memakaikan baju kepada Lily namun ditolak perlahan.

"Kenapa ni sayang? Sayang nak pakai baju lain ke?" soal Xavi.

Tanpa mendengar jawapan daripada Lily, Xavi mengambil baju lain pula namun seperti tadi. Tetap ditolak oleh Lily. Xavi mengerutkan dahinya pelik.

'Dah kenapa pulak sayang aku ni?'.

"Kenapa ni baby? Cuba bagitahu abang." Xavi meletakkan baju di katil lalu bersila di depan Lily. Diambil kedua belah tangan Lily lalu digenggam lembut.

Lily hanya menunduk dengan bibir mencebik nak nangis. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipinya.

Tak tahu kenapa tapi Lily rasa benci gila dengan bajunya sendiri. Tengok pun dah menyampah. Inikan pula nak pakai.

"Sayanggg... Kenapa ni? Abang ada buat salah lagi ke?" Xavi menyoal dengan lembut. Dicium tangan isterinya beberapa kali. Tangannya naik mengusap airmata di pipi Lily.

"Saya tak nak pakai baju saya. Tak suka." jawab Lily sambil menangis.

Makin berkerut muka Xavi mendengar jawapan isterinya. Takkanlah benci baju sendiri.

"Okay okay. Tak payah pakai baju sayang. Sayang pakai baju abang nak?" soal Xavi sambil dipandang muka isterinya yang menunduk itu.

Lily mengangguk perlahan sambil mengusap air matanya sendiri. Xavi terus bangun lalu mendapatkan baju tshirt merah lengan panjang miliknya.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now