05

17.9K 129 0
                                    

Xavi tersedar dari lenanya pada jam 5.30 pagi kerana rasa bahang dari tubuh Lily yang sedang tidur di dalam pelukannya.

Xavi letak belakang tapak tangannya di dahi Lily.

'Ya allah, panasnya tubuh baby'.

Xavi dapat merasakan tubuh isterinya menggigil di dalam pelukannya. Xavi menarik selimut dan selimutkan Lily sambil mengeratkan pelukan di tubuh Lily.

Selepas azan subuh berkumandang, Xavi mengusap ubun-ubun Lily untuk mengejutkannya.

"Baby... bangun sayang. Dah subuh ni. Bangun cepat baby." Lily mencelikkan matanya dan memandang suaminya.

Lily mencebikkan bibirnya macam nak nangis.

"Abanggg Tia penattt"

Xavi mengusap pipi tembam isterinya yang kemerahan kerana demam.

"Kita solat subuh dulu okay. Nanti baby sambung tidur baliklah kejap lagi. Lagipun baby demam ni. Kita solat dulu ya" Xavi memujuk lembut isterinya.

Lily mengangguk lalu cuba untuk bangun. "Auchh sakitnyaa"

Lily mengetapkan bibirnya untuk menahan sakit di celah kangkangnya.

"Biar abang dukung baby." tubuh kecil isterinya di dukung dengan berhati-hati agar isterinya tidak kesakitan.

•______________________________•

Selepas selesai solat subuh dan doa bersama, Lily menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan suaminya.

Xavi senyum lalu menghulurkan tangan kanannya, Lily mencium tangan suaminya kemudian Xavi membalas dengan mencium dahi dan kedua-dua belah pipi tembam isterinya.

Selepas Lily buka telekung, Xavi terus mendukung isterinya lalu diletakkan di katil mereka.

"Thank you abang" Xavi mencium dahinya dan turun semula untuk menyimpan sejadah dan telekung isterinya.

Xavi menukar kain pelikatnya kepada jogger pants dan membuka baju. Xavi memang jenis yang tak suka pakai baju kalau dalam bilik. Xavi naik ke katil dan menarik Lily ke dalam pelukannya.

Lily membalas pelukan suaminya sambil meletakkan kepala di dada suaminya.

"Bukan ke cadar katil bilik abang warna lain semalam? Ni kenapa warna lain pulak?"

Xavi mengeratkan pelukan di tubuh Lily lalu mencium dahi licin isterinya.

"Bilik kita baby, bukan bilik abang." Lily senyum lalu mengusap jambang nipis dan terurus suaminya.

"Bilik kita" Xavi senyum bila dengar Lily sebut macamtu.

"Warna lain sebab abang tukarlah. Cadar semalam tu kan dah kotor. Lagipun dekat cadar tu ada darah baby sikit. Takkan nak tidur atas tu balik." Xavi jawab sambil mencium rambut isterinya.

'Wanginya'.

Lily kerutkan keningnya. 'Darah aku?'

Xavi yang nampak Lily blur tu terus gelak.

"Semalamkan abang pecahkan dara sayang."

Terus merah muka Lily apabila ingat semula apa yang telah terjadi semalam. Pantas mukanya disembunyikan di dada bidang suaminya.

'Ibuuuu...Lily maluuu'

Xavi hanya gelak tengok isterinya yang dah merah muka. 'Macam tomato dah muka'.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now