10

9.9K 122 14
                                    

DAY 4

"Awak bangunlah. Nanti lewat solat subuh." Lily mengejutkan suaminya sambil menepuk lengan Xavi dengan lembut.

Xavi mencelikkan matanya dan melihat Lily sudah siap memakai telekung di sebelahnya. Apabila dipastikan Xavi sudah sedar sepenuhnya, Lily bingkas bangun dari duduk lalu membuka telekungnya.

Xavi yang sedang mengambil tuala mengerutkan kening melihat perbuatan isterinya.

"Kenapa baby bukak telekung tu. Kitakan belum solat lagi." soal Xavi sambil mendekati Lily yang sedang membelakanginya.

"Saya dah solat dulu tadi sebelum awak bangun." jawab Lily tanpa memandang wajah suaminya.

Xavi mula rasa nak naik angin mendengar jawapan isterinya namun disabarkan hatinya. Xavi memusingkan badan Lily menghadapnya lalu ditolak perlahan ke dinding bilik mereka. Tangannya diletakkan disisi Lily untuk menyekat pergerakan Lily.

Lily yang terkejut dengan tindakan pantas suaminya terus membulatkan matanya memandang Xavi di depannya.

"Kenapa tak tunggu abang bangun dulu? Kenapa tak kejutkan abang awal-awal? Kitakan selalu solat jemaah bersama sebelum ni." soal Xavi dengan lembut namun kedengaran agak tegas sambil merenung mata cantik isterinya. Xavi cuba untuk tidak meninggikan suaranya kerana takut rajuk isterinya makin teruk.

"Dah kejut tadi tapi awak tak nak bangun. Sebab tu saya solat dulu." jawab Lily sambil melarikan anak matanya daripada memandang Xavi. Takut suaminya tahu bahawa dia sedang menipu.

Xavi mengeluh perlahan. Dia tahu isterinya masih marahkannya. Sebelum ni, isterinya itu akan mengejutkannya sampai dirinya sedar. Kalau tak mesti mulut Lily takkan berhenti membebel kepadanya sampai dia bangun.

"Lepas ni, abang nak kita solat jemaah sama-sama. Kecuali masa abang tak ada kat rumah. Faham baby abang?" kata Xavi dengan lembut.

Dia cuba untuk tidak menyinggung perasaan isterinya lagi. Cukuplah apa yang dia dah buat semalam. Dia dah cukup serik. Dia tak nak isterinya semakin jauh darinya.

Lily hanya mengangguk tanpa memandang suaminya. Xavi senyum hambar lalu dicium pipi kiri isterinya. Dia rindu dengan tingkah laku isterinya. Haih... baru 2 hari Lily merajuk dengan dia.

"Pergilah solat. Nanti lambat." kata Lily lalu menolak tangan suaminya.

Digapai tudung sarungnya lalu disarungkan di kepala. Lily keluar dari bilik mereka dan menuju ke dapur bagi membantu Mak Na membuat sarapan. Xavi pula sudah masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan ambil wuduk.

"Ada apa-apa Lily boleh tolong ke Mak Na?" soal Lily sambil mendekati Mak Na yang berada di dapur.

"Laaa...kenapa turun awal sangat ni? Rehatlah dulu kat bilik tu. Nanti masa sarapan baru turun. Lagipun Lily kan tak sihat. Pergilah rehat dulu." ujar Mak Na sambil memusingkan tubuhnya menghadap Lily.

"Lily bosanlah Mak Na duduk terperap je dalam bilik, sebab tu Lily turun nak tolong Mak Na masak ni." kata Lily lalu duduk di kerusi makan.

"Dah siap pun Lily Mak Na masak ni. Tinggal nak hidang dengan buat air je ni." Mak Na mengambil mangkuk besar lalu diletakkan bihun goreng yang dimasaknya tadi.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now