04

14.7K 120 0
                                    

SEBULAN KEMUDIAN

"Aku terima nikah Puteri Tiara Lilyana Leon bt Megat Zayn Leon dengan mas kahwinnya RM 500 ribu tunai."

Dengan sekali lafaz, Puteri Tiara Lilyana Leon telah sah menjadi isteri kepada Xavi Daniel Robert. Selepas doa dibacakan, Xavi bangun untuk menunaikan solat sunat dahulu.

Selesai menunaikan solat sunat dan membuat sujud syukur, Xavi berjalan ke arah isteri yang baru dinikahinya beberapa minit yang lalu untuk upacara pembatalan air wudhuk.

"Assalamualaikum isteri abang" Xavi memberi salam kepada isterinya sebaik sahaja dia duduk di hadapan Lily. Lily yang sedang menunduk terus mengangkat mukanya dan memandang ke arah suaminya.

'Betul ke aku dah jadi isteri dia ni?'

"Waalaikumusalam." Lily menjawab salam yang diberikan dengan perlahan sebelum menunduk semula.

Xavi tersenyum melihat wajah cantik isterinya yang sudah disolek dengan solekkan nipis dan natural. Sesuai dengan air mukanya yang lembut.

Xavi cuba untuk menarik tangan Lily untuk disarungkan cincin namun Lily melarikan tangannya.

Xavi mengerutkan keningnya pelik. 'Dah kenapa pulak dengan bini aku ni?'

Datin Laila yang berada di sebelah kiri anak tirinya tersenyum. Dia tahu sangat dengan sifat pemalu anak tiri perempuannya ni.

"Dah b...boleh sentuh ke ibu?" soal Lily dengan nada berbisik kepada Datin Laila.

Xavi tersenyum mendengar soalan polos isterinya lalu memegang semula tangan isterinya.

"Kitakan dah kahwin, dah halal dah pun. Kenapa abang tak boleh sentuh isteri abang pulak?" jawab Xavi dengan tenang.

Xavi menyarungkan sebentuk cincin daripada jenama Bvlgari bertakhtakan berlian biru yang dibelikan khas untuk isterinya itu.

Selepas menyarungkan cincin itu di jari manis isterinya, Xavi menghulurkan tangannya semula supaya Lily mencium tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas menyarungkan cincin itu di jari manis isterinya, Xavi menghulurkan tangannya semula supaya Lily mencium tangannya. Lily hanya menurut sahaja.

Selepas itu, tiba giliran Lily pula untuk menyarungkan cincin di jari manis suaminya.

Dengan tangan yang agak menggigil, Lily menyarungkan cincin daripada jenama Carlex di jari manis suaminya. Selepas itu, Lily mencium tangan suaminya sekali lagi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now