"Abang... Petang ni ibu, papa dengan abang-abang Tia dah sampai Malaysia. Kita pergi ambik dorang kat airport ye. Sambil tu boleh bagitau dorang tentang kandungan Tia." kata Lily ketika mereka sedang menonton tv setelah sarapan.
Keluarga Lily belum mengetahui tentang kandungannya kerana Lily nak bagitahu mereka apabila keluarganya berada di Malaysia.
"Boleh baby. Alang-alang tu boleh kita tidur sana terus. Abang tahu baby rindu family baby." Xavi hanya bersetuju dengan rancangan isterinya itu.
Xavi menepuk pahanya supaya Lily berbaring di ribanya. Lily hanya menurut sahaja kehendak suaminya. Selepas Lily baring, Xavi mengangkat baju Lily di bahagian perut lalu diusap perlahan.
"Assalamualaikum anak babah. Buat apa tu? Babah tak sabarlah nak tunggu anak babah ni keluar." Xavi menunduk sedikit lalu dicium lembut perut isterinya. Lily hanya senyum mendengar kata-kata suaminya itu.
"Abang rasa lebih baik kalau baby tunda dulu internship baby tu. Nanti lepas bersalin baru sambung." cadang Xavi sambil memandang isterinya. Tangannya masih melekap di perut isterinya.
"Tak naklah. Tia okay jelah bang. We'll be fine. Don't worry about it." Lily cuba meyakinkan suaminya.
"Tak payahlah baby. Abang risaulah. Lagipun baby mana boleh penat. Kandungan pun masih baru lagi. Tunda dulu okay." Xavi cuba memujuk isterinya dengan lembut namun masih terselit ketegasan dalam suaranya.
"Okaylah macam ni. Kalau Tia tak boleh buat baru Tia tunda dulu. Boleh ye abang?" pujuk Lily.
Lily masih cuba memujuk suaminya. Dikelip-kelipkan matanya sambil memandang suaminya. Xavi memang lemah jika dia buat muka macam ni.
"Okay fine. Abang setuju. Tapi kalau baby tak tahan, bagitahu abang. Deal?" Xavi hanya bersetuju dengan cadangan isterinya.
Lagipun morning sickness isterinya tak teruk sangat sekarang. Tak macam masa mula-mula haritu. Sebab itu dia hanya setuju.
"Deal. Sayang abang." Lily terus bangun lalu memeluk suaminya.
Xavi pula hanya membalas pelukan isterinya. Tiba-tiba Xavi tersenyum penuh makna. Terus didukung isterinya menuju ke bilik mereka.
"Nak pergi mana ni abang?" soal Lily apabila suaminya tiba-tiba sahaja mendukungnya.
"Abang nak ajak sayang buat pahala." kata Xavi sambil mengenyitkan mata ke arah isterinya. Lily hanya diam. Dia faham maksud suaminya.
•______________________________•
Xavi turun dari katil lalu memandang jam dinding di bilik mereka. Dah masuk waktu zohor. Baik dia kemas bilik cepat-cepat sebab nanti kena mandi dulu baru solat. Xavi mendukung Lily lalu diletakkan di sofa dahulu barulah dia mengemaskan bilik mereka dan menukar cadar katil.
Selepas mengemas bilik barulah Xavi mengejutkan isterinya untuk mandi wajib dahulu lalu mereka solat bersama.
"Abang... Tia penat." selepas solat dan bersalaman, Lily terus berbaring di riba suaminya.
"Kita keluar makan dulu okay. Dah tengah hari ni." ajak Xavi lalu tunduk mencium dahi Lily.
"Tak nak makan. Tia penat ni." rengek Lily sambil mencebik memandang suaminya.
"Kesian isteri abang. I'm sorry baby girl. Jom abang teman baby tidur dulu. Nanti petang nak ambik family baby pulak." Xavi membantu isterinya membuka telekung lalu terus didukung tubuh Lily ke katil.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...