"Dah ready ke nak balik rumah kita?" soal Xavi. Wajah ceria isterinya ditatap penuh sayang.
"Dah... Tia dah bosan asyik duduk terperap dalam wad ni je. Finally, Tia dah boleh bebas. Dah boleh masak makanan yang sedap-sedap untuk abang."
"Who said that you gonna free? Baby ingat abang nak biarkan baby buat kerja ke kat rumah kita tu? Lamberttt lagi." balas Xavi dengan selamba. Dihiraukan riak isterinya yang sudah masam dengan bibir yang mencebik.
"Takkanlah abang nak kurung Tia kat bilik je. Mana boleh macam tu." protes Lily.
"Mana adalah sayang. Abang cuma tak benarkan sayang buat kerja. Bukannya nak kurung sayang dalam bilik." pujuk Xavi apabila isterinya sudah mula merajuk. Mudah betul isterinya merajuk sekarang ni.
"Janji?"
"Janji baby."
Dahi Lily dikucup sekilas sebelum tubuh kecil isterinya dicempung. Terjerit kecil Lily dengan tindakan tiba-tiba suaminya itu.
"Ambil beg dengan crutches isteri aku kat dalam tu." arah Xavi kepada salah seorang anak buahnya yang berada di depan pintu.
"Abanggg... Tia dah boleh jalan sendirilah. Malu orang tengok abang dukung Tia macam ni." kata Lily sambil matanya memandang sekeliling.
"Don't care." jawab Xavi tanpa memandang wajah sang isteri yang sudah merah.
Ramai jururawat dan doktor yang memandang ke arah mereka sambil tersenyum.
Lily membenamkan wajahnya di dada Xavi apabila suaminya itu hanya menghiraukan kata-katanya tadi.
"Baby... Tolong tekan butang G." arah Xavi sebaik sahaja mereka berada di dalam lift. Kebetulan hanya mereka berdua sahaja di dalam lift tersebut.
"Abanggg... Tia nak jalan sendiri. Malulah orang asyik tengok je." rengek Lily setelah menekan butang G.
"No."
"Alaaa... Bolehlah abang." pujuk Lily sambil memainkan jarinya di dada suaminya.
"Don't try to seduce me, baby. Dah lama abang puasa ni. Nanti tak pasal-pasal ada yang kena terkam dalam ni nanti."
"Miang keladilah abang ni. Tak nak kawan dengan abang."
Xavi tersenyum simpul mendengar kata-kata isterinya. Langsung tak ambil hati dengan ucapan isterinya sebentar tadi.
•______________________________•
"Abang masak apa tu?" soal Lily sambil memeluk pinggang suaminya dari arah belakang.
"Baby... Terkejut abang. Nasib baik abang tak ada sakit jantung. Kalau tak, baby dah jadi janda tau tak." Xavi mengusap dadanya beberapa kali. Dapur elektrik di matikan terlebih dahulu sebelum memusingkan tubuhnya menghadap Lily.
"Eleh... Macamlah dia tak pernah buat macam tu sebelum ni. Tia baru buat sekali." Lily menjeling manja suaminya dengan bibir yang dimuncungkan. Merajuk.
"Alahai baby kesayangan abang ni. Merajuk ke?" soal Xavi sambil mengusap pipi isterinya. Dahi licin isterinya dikucup lembut.
"Wait a minute. Where's your crutches, baby? Macam mana baby datang dapur ni?" soal Xavi sambil memandang sekeliling dapurnya. Cuba mencari elbow crutch milik isterinya.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...