37

3.3K 118 40
                                    

Sudah hampir 2 bulan lamanya Lily koma dan dirawat di hospital. Keadaan Lily masih sama dan tiada perubahan. Lily masih perlu bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan.

Keadaan Xavi pula kelihatan langsung tidak terurus. Rambutnya sudah panjang. Jambang pula sudah penuh dimukanya. Tubuhnya juga sudah semakin susut.

Hospital sudah seperti rumahnya sekarang ni. Dia hanya tinggalkan Lily untuk mandi dan solat. Pejabatnya juga sudah lama tidak di jejak. Selebihnya dia akan duduk di kerusi sambil berbual dengan isterinya. Makan juga hanya ala kadar sahaja. Kadang-kadang dia langsung tidak makan dalam sehari tu.

"Doktor ada bagi cadangan dekat papa tadi... Dia cakap lebih baik kita matikan mesin bantuan pernafasan yang Lily guna. Papa pun rasa kita kena ikut cadangan doktor tu." kata Dato' Zayn ketika mereka berada di luar wad Lily. Dato' Zayn memanggil semua keluarganya termasuk Hud untuk berbincang mengenai Lily.

"NO! Xavi tak setuju papa." bantah Xavi dengan lantang.

"Sampai bila kita nak terus seksa Lily? Kamu sanggup ke tengok Lily macam tu? Dah 2 bulan Lily terlantar macam tu, Xavi. Doktor pun dah cakap yang Lily mungkin takkan sedar selamanya. Lily sekarang bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan tu. Papa tak sanggup nak terus seksa Lily."

"Tapi I tak sanggup nak biarkan Lily pergi. Tak ada ke cara lain untuk selamatkan Lily? Tolonglah bang. I tak nak hilang Lily. Dia anak kita. I dah janji dengan mendiang Maria untuk jaga Lily baik-baik. I sayang Lily macam I sayang anak I sendiri. I tak nak hilang Lily." kata Datin Laila sambil menangis. Dirinya ditenangkan oleh Zachary.

"Apa kata kita bawa Lily berubat di luar negara pulak." usul Tan Sri Adam.

"Tak boleh. Dari dua bulan lepas I dah beberapa kali minta kebenaran untuk bawa Lily berubat di luar negara tapi doktor tak izinkan. Terlalu berisiko. Tadi pun I dah tanya lagi. Doktor memang tak berani untuk lepaskan Lily memandangkan Lily sekarang bergantung dengan mesin." kata Dato' Zayn sebelum mengeluh.

Ayah mana yang sanggup melepaskan anaknya pergi buat selama-lamanya. Tapi dia tak sanggup untuk terus menyiksa Lily. Sudah terlalu lama mereka menyiksa Lily begitu. Doktor pun tak dapat beri jaminan yang Lily akan sedar.

"Tapi Lily tak sempat tahu lagi yang Hud ni abang dia. Hud sepatutnya perlu bagitahu dia dari dulu lagi. I shouldn't kept this secret from her." kata Hud dengan sesal. Kepalanya menunduk ke lantai sambil ditenangkan oleh Zafran.

Xavi bangun dari duduknya lalu berdiri di depan Dato' Zayn. Perlahan-lahan lututnya dijatuhkan di atas lantai. Terkejut mereka semua dengan tindakan Xavi.

"Xavi..."

"Xavi merayu, pa. Jangan benarkan doktor cabut mesin tu. Xavi tak nak hilang Tia. Xavi tak boleh hidup tanpa isteri Xavi, papa. Tolonglah. Tia dunia Xavi, pa. Xavi perlukan isteri Xavi. Kalau Tia pergi, maknanya dah tak ada sebab untuk Xavi hidup lagi. Anak kami dah tinggalkan Xavi. Takkanlah isteri Xavi pun nak tinggalkan Xavi. Macam mana dengan Xavi, pa? Tolonglah, papa. Jangan biarkan isteri Xavi pergi. Xavi... Xavi tak boleh. Xavi tak boleh pa. Kalau Lily dah tak ada kat dunia ni, maknanya jiwa Xavi pun akan ikut mati." rayu Xavi sambil memegang lutut bapa mentuanya.

Mereka yang berada di situ tercengang melihat keadaan Xavi yang menangis teresak-esak sambil merayu. Tak pernah mereka melihat sisi lemah seorang Xavi Daniel Robert sebelum ni.

Opah menyeka air matanya melihat cucu kesayangannya menangis hiba sambil merayu bapa mentuanya. Tambahan lagi dengan keadaan cucucnya yang langsung tak terurus sejak kehilangan Lily.

"Papa tak sanggup nak terus seksa Lily lama-lama, Xavi. Doktor pun dah tak dapat bagi jaminan yang Lily akan sedar." Dato' Zayn menarik tubuh Xavi supaya duduk di kerusi di sebelahnya.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now