Sudah seminggu berlalu sejak mereka bertengkar tempoh hari. Dan seminggu tu jugalah Xavi asyik menempel dengannya sampaikan Lily pulak yang rasa rimas.
Hari ni Xavi siap bawa Lily ke pejabat. Punyalah tak nak pisah dengan bini sampai sanggup angkut sekali bini ke tempat kerja.
Sejak balik dari Kelantan minggu lepas, perangai miang dan mengada-ngada suaminya makin menjadi-jadi. Pantang duduk dekat sikit, mulalah tangan tu nak merayap ke tubuhnya.
"Sayanggg... Sini kejap." panggil Xavi yang sedang duduk di meja kerjanya manakala Lily pula sedang baring di sofa bed sambil menonton Netflix di iPad milik Xavi. Sofa bed tu pun baru sahaja Xavi beli supaya isterinya selesa.
"Kenapa?" soal Lily ketika dia sudah sampai di hadapan suaminya.
Xavi menarik lengan isterinya supaya duduk di atas ribanya. Xavi membenamkan wajahnya di ceruk leher isterinya. Dihidu sepuasnya bau tubuh yang digilainya itu.
"Nak cas bateri kejap. Battery low dah ni."
Lily ketawa kecil mendengar kata-kata suaminya. Lily mengusap lembut rambut suaminya.
"Abang ni Tia perasan jadi makin manja lepas kita gaduh hari tu. Kadang-kadang mengada pun ada."
"Dah tu siapa suruh sayang gaduh dengan abang. Dah lah baru balik lepas tu tak sempat nak manja-manja dah gaduh lagi. Abang ni rindu sayang. Sayang tahu tak?" kata Xavi sambil melepaskan pelukan dan memandang ke arah isterinya.
"Iya husband. Tia tahu abang rindu Tia. Tia pun rindu abang juga." jawab Lily sambil melagakan hidung mereka.
"Cuba panggil abang dengan panggilan tu lagi sekali." ujar Xavi sambil tersenyum senget.
"Husband." panggil Lily sambil melingkarkan lengannya di leher Xavi.
Xavi segera menyatukan bibir mereka. Xavi menarik belakang leher isterinya bagi mendalamkan ciuman mereka.
"Damn it baby. I really want you right now. Let's go to the room." kata Xavi sebelum mendukung tubuh kecil isterinya ke arah bilik yang berada di pejabatnya.
Bilik itu di buat kerana sebelum berkahwin, Xavi biasanya akan tidur sahaja di pejabat kerana malas ingin pulang ke rumahnya.
Dulu sebelum kahwin dia gila kerja sampai sanggup tak nak balik rumah. Tapi sekarang sejak dah kahwin ni, Xavi dah tak gila kerja. Xavi dah gila bayang dekat bini sendiri. Sampai tak sabar-sabar nak balik rumah.
•______________________________•
Xavi menarik lembut tubuh isterinya yang sedang meniarap supaya berbaring di atas dadanya. Diusap penuh sayang wajah kepenatan isterinya itu. Dikucup lembut dahi isterinya yang berpeluh.
'Apa pasal panas sangat bilik ni?'
Xavi mengambil remote aircond lalu menepuk dahinya sendiri. Dia terlalu mengikut hawa nafsu tadi sampai lupa nak on aircond. Patutlah panas. Xavi segera menekan butang on lalu menetapkan kepada suhu paling rendah.
"Baby... Jom mandi dulu. Kejap lagi sambung tidur balik." kejut Xavi sambil mengusap bahu isterinya.
"Nak abang dukung." rengek Lily sambil menjuihkan bibir.
Xavi mencium sekilas bibir isterinya sebelum bangun dan mendukung tubuh isterinya ke arah bilik air untuk mandi bersama.
"Mana abang dapat pakaian ni semua? Rasanya ni bukan baju Tia." soal Lily ketika suaminya membantunya untuk memakai baju. Ditilik baju yang tersarung di tubuhnya itu.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...