Xavi termenung sambil memandang isterinya yang sedang menonton drama Korea di television. Dah 5 hari isterinya merajuk dan mendiamkan diri dengannya sehingga dia sendiri buntu macam mana nak memujuk isterinya.
Pujuk, tak jalan. Bagi bunga, tak jalan. Bagi coklat, pun sama jugak. Kalau bagi hadiah mahal-mahal nanti kena bebel pulak. Lagi parah isterinya akan bertambah merajuk dengannya.
Sejak keluarganya tahu yang mereka ada masalah dan Lily sedang merajuknya dengannya, mereka cuma akan datang beberapa jam sahaja kemudian terus pulang. Mungkin nak beri masa untuk Xavi pujuk isterinya.
Masalahnya sekarang ni, Xavi tak perlukan masa. Xavi perlukan idea. Dia betul-betul dah habis idea nak pujuk Lily macam mana. Idea-idea dalam Google pun semua tak boleh pakai.
Tak tahu berapa lama dia termenung memikirkan cara untuk memujuk isteri tercinta sehinggalah ada seseorang yang menepuk bahunya. Membawanya kembali ke alam nyata.
"Kau menungkan apa sampai adik aku panggil pun kau tak dengar?" soal Ziyad.
"Kenapa sayang panggil abang?" soal Xavi kepada isterinya. Soalan Ziyad tadi hanya dihiraukan.
"Abang Yad dengan family abang Hud datang." jawab Lily sebelum menumpukan perhatian pada kaca television kembali.
Tanpa sedar Xavi melepaskan keluhan berat. Begitulah isterinya selama 5 hari ini. Bercakap bila perlu sahaja. Selebihnya Lily akan mendiamkan diri.
"Duduklah uncle, aunty." kata Xavi sambil bersalaman dengan keluarga Hud.
Aunty Syirah dan Uncle Hafiz hanya senyum bagi membalas sapaan Xavi. Salam yang dihulurkan Xavi disambut baik oleh Uncle Hafiz sambil menepuk bahu Xavi beberapa kali.
"Jom ikut aku keluar. Hud dengan family dia ada benda nak cakap dengan Lily." ajak Ziyad sambil merangkul bahu Xavi.
"Abang keluar kejap. Love you baby." Xavi melabuhkan ciuman di ubun-ubun isterinya sebelum mengikut abang iparnya keluar.
Selepas Ziyad dan Xavi keluar, Uncle Hafiz menarik kerusi dan duduk di sebelah katil Lily. Manakala Aunty Syirah pula duduk di birai katil Lily dan Hud hanya berdiri bersebelahan ayahnya. Nafas ditarik panjang sebelum dihembus perlahan-lahan.
"Uncle dengan abang Hud nak cakap apa dengan Lily? Nampak macam serious je."
"Sebelum kami cakap, kami nak minta maaf dulu kata Lya. Maaf sebab kami simpan dan sembunyikan benda ni terlalu lama dari Lya." kata Hud sebelum mengeluarkan sekeping gambar berukuran 4R dari poket jaketnya dan dihulurkan kepada Lily.
"Ni... Ni mummy Lily. Tapi kenapa Uncle Hafiz ada sekali dengan mummy? Kenapa Uncle Hafiz cium dahi mummy? Ni bukan Lily yang mummy pegang." soal Lily dengan dahi yang berkerut hairan. Matanya dialihkan bagi memandang wajah mereka bertiga.
"Lya... Kalau kami cerita pasal benda ni, Lya kena janji dengan abang yang Lya akan terima senua ni tanpa membenci sesiapa pun. Abang tak nak Lya bencikan darah daging Lya sendiri. Lya boleh janji dengan abang?" kata Hud dengan nada lembut. Lily mengangguk kecil.
"Baby dalam gambar tu adalah Hud. Hud ni anak hasil perkahwinan Maria dengan Uncle dulu. Perkahwinan Maria dan Uncle cuma bertahan selama 5 tahun. Uncle terpaksa bawa Maria lari ke Malaysia sebab grandparents korang tak restu hubungan kami. Mereka marah lepas dapat tahu yang Maria convert to Islam. Lepas hampir setahun kami berkahwin, Maria disahkan hamil." Uncle Hafiz berhenti seketika sebelum memulakan kembali ceritanya.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...