33

3.1K 124 18
                                    

"Betul ke menantu kau tu kena culik, long? Jangan-jangan dia pergi ikut jantan lain. Lepas tu claim kata kena culik. Perempuan sekarang bukannya boleh kira sangat. Kau jangan nak percaya bulat-bulat dengan menantu kau tu." kata mak ngah kepada Puan Sri Rose dengan bibir yang terjuih.

Mak ngah datang ke rumah Puan Sri Rose hari ini setelah mengetahui bahawa Lily telah diculik. Kebetulan dia memang sedang berada di Kuala Lumpur ketika itu.

"Kau jangan nak tuduh macam-macam, ngah. Menantu aku tu tengah mengandung. Nak ikut jantan apanya." sangkal Puan Sri Rose dengan nada yang tertahan. Marah apabila menantunya dituduh begitu.

"Alahh... Jangan-jangan anak tu bukan akan Xavi pun. Tu anak jantan lain lepastu kata anak Xavi. Itu yang awal sangat mengandung dulu. Kahwin tak sampai sebulan dah mengandung. Aku tak rasa menantu kau tu bunting pelamin. Aku rasa dia dah bunting sebelum dia kahwin dengan Xavi. Keluarga kita ni mana ada yang bunting pelamin macam dia tu. Kau tengoklah si Levi dengan Dee. 2 tahun kahwin baru dapat anak. Ni tak... baru berapa minggu kahwin alih-alih dah bunting. Kau tak rasa pelik ke, long?" kata mak ngah lagi.

Dia memang sengaja nak buat Puan Sri Rose supaya membenci Lily. Dia masih sakit hati apabila anak perempuannya ditolak mentah-mentah oleh Xavi dulu. Masih dia ingat tangisan Ina ketika mengetahui Xavi akan menikah dengan budak perempuan yang jauh lebih muda darinya. Padahal dia baru kenal dengan Lily tu 2 bulan.

Puan Sri Rose terdiam setelah mendengar kata-kata adiknya. Berkerut wajahnya memikirkan berdasarkan logik akal. Memang betul, keluarga mereka tiada yang bunting pelamin.

Mak ngah menyimpan senyum setelah melihat Puan Sri Rose seakan-akan berfikir dengan apa yang dia cakap tadi. Dia bersorak di dalam hatinya.

•______________________________•

"Kau tak dapat detect lagi ke lokasi isteri aku?" soal Xavi kepada Bariq. Dalam kumpulan mereka, Bariq yang paling pakar dalam bidang IT.

"Tak dapat lagi. GPS yang kau pasang dekat subang Lily pun dorang dah buang dekat hospital masa culik Lily. Susah untuk aku detect bini kau. Kereta apa yang diorang guna masa culik Lily pun kita tak dapat detect. Kalau tak aku boleh cari melalui CCTV." jawab Bariq dengan tenang. Tangannya masih lincah menari di atas keyboard laptop.

"Dah 3 hari bini kau hilang. Dan dah 3 hari jugaklah kau tak mandi, tak makan, tak tidur. Nanti Lily pun dah tak cam yang kau ni suami dia." perli Ziyad. Memang betul pun apa yang dia cakap. Keadaan Xavi sekarang memang langsung tak terurus.

"Aku tak patut cakap macam tu dekat bini aku, Ziyad. Aku yang suruh isteri aku pergi tinggalkan aku. Sekarang dia dah betul-betul pergi. Padan muka aku." Xavi menangis lagi di depan sahabat-sahabatnya. Dia sudah tiada rasa malu lagi. Dia perlukan isterinya.

"Kita akan jumpa Lily. By hook or by crook, kita mesti akan jumpa Lily." Riftan menepuk bahu Xavi cuba menyuntik semangat.

"Aku dah tak ada clue lagi siapa yang culik isteri aku. Aku syak Hadi atau Joe. Tapi bila polis pergi serbu rumah mereka. Langsung tak ada tanda-tanda yang dia culik Tia. Aku dah upah orang untuk ikut Hadi dengan Joe. Tapi rutin diorang sama je setiap hari. Keluar pergi kerja lepas tu balik rumah semula. Paling tak pun dia akan pergi markas." Xavi meraup wajahnya. Dia dah buntu. Betul-betul buntu.

"Jangan-jangan diorang letak Lily kat markas dia." kata Riftan. Bariq hanya fokus dengan kerjanya tanpa menyampuk perbincangan mereka. Namun telinganya tetap mendengar butir bicara mereka.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now