12

7.9K 77 2
                                    

Xavi menutup pintu biliknya dengan perlahan takut isterinya terjaga. Xavi mencari dari mana datangnya bunyi bising-bising itu tadi. Bunyi itu datang daripada arah ruang tamu.

Xavi kemudiannya mendekati ruang tamu. Rupa-rupanya Ina yang sedang mengamuk di ruang tamu. Xavi hanya menyandarkan bahunya di dinding sambil berpeluk tubuh melihat Ina yang sedang menggila itu.

"Opah dah lama tahu yang Ina ni sukakan Xavi. Mak long pun tahulah pasal tu. Tapi kenapa mak long kahwinkan Xavi tu dengan orang lain? Ina suruh mak long pujuk Xavi untuk kahwin dengan Ina bukannya dengan perempuan tu." Ina meramas kuat rambutnya sambil mengamuk.

"Ina jangan macam ni. Soal hati dan perasaan ni kita tak boleh nak paksa. Mak long tak boleh nak paksa Xavi supaya kahwin dengan kamu sedangkan dia tak ada perasaan langsung kat kamu." Puan Sri Rose cuba memujuk Ina yang dah serupa dengan orang gila itu.

Mak ngah pula sudah menangis melihat anaknya begitu.

"AKU TAK KIRALAH. AKU NAK KAHWIN JUGAK DENGAN XAVI. KAU FAHAM TAK?" Ina sudah menjerit kuat.

"Diam sikit boleh tak. Bini aku tengah tidur tu." kata Xavi tanpa perasaan.

'Bangun bini aku karang memang siaplah kau.'

"Anak bini aku pun tengah tidur jugak tu kat bilik. Kalau diorang bangun nanti memang aku cekik kau." sampuk Levi pula lalu berdiri disamping Xavi.

Ina yang sedang menangis dan mengamuk tadi terdiam seketika. Yang lain turut memandang ke arah pasangan kembar itu. Terkejut barangkali dengan mereka berdua yang tiba-tiba sahaja menyampuk.

Ina memusingkan tubuhnya kebelakang lalu terus meluru ke arah Xavi. Dia ingin memeluk tubuh tinggi lampai tersebut.

"Wo... Wo... Wo... Jangan peluk aku. Bini aku jer boleh peluk aku." terus Xavi menunjal dahi Ina dengan kuat sehingga Ina terundur ke belakang beberapa tapak.

"Boleh pergi matilah dengan perampas tu. Dia dah rampas you daripada I." kata Ina lalu mula menangis semula.

"Perampas? Bila masa pulak dia rampas aku daripada kau ni? Sejak bila aku jadi milik kau?" Xavi menyoal sambil mengangkat sebelah kening.

"Kenapa you pilih dia Xavi? Apa kurangnya I sampai you langsung tak pandang I? Tell me. Apa kurang I dimata you?" soal Ina dengan sayu.

"Banyak sangatlah kurang kau ni. Tak larat aku senarai. Bukan ada faedah pun." kata Xavi tanpa perasaan.

Levi tersenyum senget dengan jawapan Xavi. Yang lain masih lagi senyap dan hanya melihat 'drama' tersebut.

"TELL ME! APA KURANGNYA I DIBANDINGKAN PERAMPAS TU. TELL ME EVERYTHING. APA YANG DIA ADA DAN I TAK ADA SAMPAI YOU LEBIH PILIH DIA BERBANDING I." Ina mula hilang kawalan lagi. Dia mula menangis kuat.

"First dia bertudung. Dia baik hati tak macam kau yang hati busuk ni. Dia lemah lembut. Dia tahu hormat orang tua. Dia cantik walaupun tak mekap. Her eyes is so beautiful. Her lips is my favorite. Her laugh is my favorite melody. Senyuman dia menawan. Sentuhan dia buat aku gila. After all, she's so perfect for me. Dan aku mengaku yang aku obses dengan bini aku sendiri sejak mula-mula kami kenal. Dah puas hati kau sekarang?" panjang lebar Xavi memuji isteri kesayangannya itu.

Ina jatuh terduduk selepas mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Xavi. Dia menangis teresak-esak. Mak ngah menghampiri anaknya lalu dipeluk.

"Kau ni memang tak ada hati perutlah Xavi. Sampai hati kau buat macam ni kat anak aku." kata mak ngah dengan marah.

"Apa yang saya buat? Saya cuma cakap apa yang dia nak dengar sangat. Okay lah mak ngah...saya nak masuk bilik dulu. Rindu kat bini. Daripada saya layan drama murahan ni lebih baik saya masuk bilik peluk bini saya." kata Xavi dengan santai.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now