49

982 50 8
                                    

Xavi tersedar dari lena apabila bantal peluk kesayangan tiada di dalam pelukannya.

Tangannya meraba-raba tempat tidur isterinya yang kosong. Perlahan-lahan matanya dipaksa buka. Tubuhnya yang agak letih kerana memandu lama dipaksakan untuk bangkit.

"Baby girl... Where are you?" panggil Xavi sambil turun dari katil.

Mata yang mengantuk tadi serta-merta segar bugar. Isterinya dicari di sekeliling bilik mereka namun hampa. Isterinya tiada di bilik mereka. Di bilik air juga tiada.

Baru sahaja Xavi ingin keluar, pintu bilik mereka telah dibuka dari arah luar.

"Baby... Baby pergi mana? Risau abang tau tak" soal Xavi sambil menerpa ke arah si isteri.

"Tia tak pergi mana-mana pun. Tia cuma pergi dekat bilik bacaan arwah tok abah." balas Lily sambil senyum sayu.

Xavi mengeluh perlahan. Tubuh kecil isterinya di tarik masuk ke dalam pelukannya. Kepala isterinya yang berlapik tudung sarung diusap lembut.

"Esok abang temankan baby pergi kubur arwah tok abah. Nak?"

Lily membalas pelukan suaminya sebelum mengangguk perlahan. Air mata yang ditahan tadi perlahan-lahan mula mengalir membasahi pipi mulusnya.

"Nangislah. Abang ada." bisik Xavi dengan perlahan di tepi telinga isterinya.

Semakin lebat air mata Lily apabila mendengar bisikan suaminya. Pelukan di pinggang suaminya semakin dieratkan.

"Tia rindu tok abah." kata Lily.

Xavi hanya senyap. Sekarang baru dirinya tahu mengapa isterinya ini berkeras untuk pulang ke sini walhal keluarganya di sini tidak menyukainya. Isterinya rindu akan arwah tok abah.

"Feels better?" soal Xavi apabila tangisan sayu isterinya perlahan-lahan mula berhenti.

Lily mengangguk namun pelukan di tubuh suaminya masih utuh. Dapat dirasakan ubun-ubunnya dikucup suaminya beberapa kali.

"Jom sambung tidur. Dah lewat ni."

"Nak abang peluk." pinta Lily dengan manja. Kepala didongak ke atas dengan dagu yang disangkutkan di dada suaminya.

"Iya sayang. Pernah ke abang tidur tak peluk isteri manja abang ni?" tudung di kepala isterinya dibuka sebelum tubuh kecil itu di dukung ke arah katil.

•______________________________•

"Baby... Jom kita balik. Matahari dah terik ni. Muka baby pun dah merah habis tu." ajak Xavi.

Lily hanya anggukkan kepalanya. Jag kaca yang berisi air dan kelopak bunga di siram ke atas tanah perkuburan tok abah.

'Lily balik dulu tok abah. Nanti ada masa, Lily datang lagi.'

Xavi memimpin tangan halus isterinya menuju ke arah kereta mereka yang di parkir di sebelah tanah perkuburan. Pintu kereta sebelah pemandu dibuka untuk isterinya. Selepas itu barulah dirinya turut memboloskan diri ke dalam kereta.

"Kita pergi breakfast dulu baru balik. Baby nak makan apa pagi ni?" soal Xavi sambil memandu keretanya.

"Tia teringin nak makan laksam. Lepas traffic light depan tu ada warung yang jual laksam. Tok abah selalu bawa Tia makan kat kedai tu dulu."

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now