06

15K 146 0
                                    

Harini sudah genap 2 minggu usia perkahwinan mereka berdua. Xavi belum masuk kerja lagi kerana mengambil cuti selama sebulan untuk perkahwinannya.

Mereka berdua telah membuat keputusan untuk tidak pergi honeymoon dalam masa terdekat ini. Hanya ingin meluangkan masa bersama di rumah mereka.

Sekarang ni Lily sedang memasak di dapur untuk sarapan mereka harini. Dia hanya masak nasi goreng cina harini. Harap kenalah dengan tekak suaminya itu.

"Sayangggg... Kenapa tak kejut abanggg" hampir melayang sudip di tangan Lily apabila Xavi yang baru bangun tidur itu tiba-tiba sahaja memeluknya dari belakang.

"Ya Allah abang ni kan... Terkejut Tia tau tak. Nasib baik Tia ni tak melatah kalau tak dah benjol dahi abang makan sudip Tia ni." Lily membebel kepada suaminya sambil menutup dapur elektrik mereka.

Lily memusingkan tubuh menghadap suaminya yang baru bangun tidur. Tangannya naik membetulkan rambut suaminya yang agak serabai.

Tiba-tiba tubuhnya kembali dipeluk semula sambil Xavi sembamkan wajah di ceruk leher jinjang milik Lily.

"Abang bangun tadi baby tak ada kat sebelah. Abang rindulahhh" Xavi merengek dengan suara tenggelam timbul akibat wajahnya yang masih disembamkan di ceruk leher Lily.

"Mengadalah abang ni. Tia ada kat bawah ni ajelah. Rindu apanya." Lily tergelak kecil sambil mengusap belakang tubuh suaminya yang tidak berbaju dan hanya memakai short pants.

Xavi hanya senyap. Lily menggeliat kecil apabila Xavi mencium lehernya. Geli apabila lehernya disapa oleh nafas suaminya. Dia menepuk lengan Xavi perlahan.

"Dah lah tu peluk. Sekarang ni abang kena naik atas semula, lepas tu mandi. Nanti kita breakfast sama-sama. Jangan ganggu Tia buat kerja lagi." bebel Lily sambil melepaskan pelukan mereka.

"Baby ni. Abang tak puas peluk lagilahhh." Xavi mencebik sambil mengecilkan matanya menatap Lily.

"Baik abang pergi mandi sekarang. Tia dah siap masak ni. Tia nak kita makan sama-sama. Tia nak buat air dulu. Abang nak coffee kan?"

Lily senyum lalu mengusap pipi suaminya seketika sebelum memusingkan tubuhnya untuk membancuh air.

"Jomlah teman abang mandi, baby. Abang sunyi kalau baby tak ada." Xavi kembali memeluk pinggang Lily yang sedang membancuh air itu. Lily tersenyum sambil meneruskan kerjanya.

"Tia dah mandi tadi abang. Sebelum turun masak tadi Tia dah mandi." jawab Tia tanpa memandang si suami di belakang.

Xavi hanya senyap menunggu isterinya siap membancuh air. Setelah isterinya siap, Xavi terus mendukung tubuh kecil isterinya dan berlalu naik ke bilik mereka.

"Abang ni kan... Tia dah mandilah abanggg..." Rengek Lily sambil memuncungkan bibirnya. Xavi mencium sekilas bibir isterinya yang memuncung itu tanpa menghentikan langkah.

"Ada abang kisah. Siapa suruh sayang mandi tak tunggu abang dulu. Kan dah kena mandi lagi. Padan muka." jawab Xavi tanpa memandang wajah cemberut isterinya itu.

•______________________________•

"Jadi ke kita balik kampung abang esok?" tanya Lily sambil makan nasi goreng cina yang dimasaknya tadi. Dipandang sisi wajah suaminya yang duduk di sebelahnya.

Dulu dia selalu skip untuk bersarapan sebab malas tapi sejak dah kahwin ni, Xavi selalu memaksanya untuk sarapan bersamanya. Katanya baik untuk kesihatan. Dia ikutkan sahaja.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now