28

5.4K 108 8
                                    

Bamm...

Xavi menghentak kuat meja Ketua Pengarah Hospital yang sedang duduk didepannya dengan kepala yang menunduk menekur tanah.

"Pekerja korang semua ni makan gaji buta ke bodoh? Isteri aku hampir diculik. Aku bayar korang mahal-mahal bukannya untuk korang buat kerja sambil lewa macam ni. Bodoh ke"

"Saya minta maaf encik. Tapi CCTV kami semua dah dipadamkan masa tu. Rakaman untuk hari ni pun semua dah tak ada. Semua pekerja kami di tingkat 17 tak sedarkan diri akibat pengaruh ubat tidur. Termasuklah nurse, doktor dan security yang jaga CCTV hospital. Semua ni diluar kawalan pihak hospital." kata Ketua Pengarah Hospital. Cuba membela diri.

Ziyad, Riftan dan Bariq hanya duduk di kerusi tanpa menyampuk apa-apa. Mereka memandang tajam ke arah wajah-wajah di hadapan mereka.

"Pihak kami akan pulangkan semula duit encik dan akan berikan wang pampasan untuk kejadian ni."

"Aku tak hamaklah dengan duit korang tu. Duit aku pun berlambak tak perlu tunggu duit pampasan korang tu. Kalau korang tak nak aku saman hospital ni, korang tutup mulut dan jangan sampai orang luar atau polis tahu. Aku akan uruskan hal ni sendiri. Faham?"

Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk tanda faham. Xavi bangun dari duduknya untuk keluar dari bilik Pengarah Hospital tersebut.

"Ni kali terakhir aku jejakkan kaki kat hospital bodoh ni."

"Macam mana keadaan adik aku?" soal Ziyad ketika mereka beriringan menuju ke arah kereta masing-masing yang diparkir di perkarangan hospital.

"Sebelum aku datang sini tadi Tia dah sedar. Sekarang Dee ada dekat rumah aku untuk pantau keadaan Tia. Dee kata takut ada side effects daripada ubat tidur yang mamat tu bagi dekat Tia."

•______________________________•

"Sayang... Kenapa sayang senyap ni? Abang ada buat salah ke hari ni? Tell me what I did today."

Daripada dia balik hospital semalam, Lily langsung tak bercakap dengannya. Kalau dia bercakap pun, isterinya hanya senyap sahaja. Hari ni pun sama dan dia dah tak boleh nak tahan dengan layanan isterinya itu.

Lily melepaskan keluhan sebelum bangun dari sejadah dan menanggalkan telekungnya. Dihiraukan soalan suaminya tadi.

"Sayang, I'm talking to you right now. Stop keep ignoring me like this." Xavi mengejar langkah isterinya yang sedang menuju ke arah katil.

"Tia penat abang. I just want to rest." Lily berkata tanpa memandang wajah suaminya. Punggung dilabuhkan di birai katil.

"Sebelum ni sayang tak pernah pun ignore abang macam ni. It's hurting me that you treat me like this." Xavi nelabuhkan duduk di sebelah isterinya sebelum menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. "Stop ignoring me like this. Please baby..."

Lily hanya menyepikan diri di dalam pelukan suaminya. Sejujurnya dia masih trauma dengan apa yang berlaku semalam. Kejadian semalam asyik berulang tayang di dalam fikirannya.

"Who are you, abang?" soal Lily dengan perlahan.

Xavi yang terkejut dengan soalan isterinya terus melepaskan pelukan. Dipandang wajah isterinya yang tanpa reaksi. Dia menelan liur perlahan. Langsung tak jangka isterinya akan menyoal soalan tersebut.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now