39

3.4K 143 40
                                    

Xavi terbangun dari lenanya lalu memandang keadaan di sekelilingnya. Dia sedang dikelilingi oleh hutan. Dimana dia berada sekarang?

"Abang..." panggil satu suara dari arah belakang. Suara yang paling dia rindui.

Xavi pantas pusing ke belakang. Matanya berkaca setelah melihat susuk tubuh yang dirindui itu berada di depannya.

"Sayang..." seru Xavi dengan suara yang bergetar.

Kakinya melangkah perlahan ke arah isterinya. Tubuh kecil itu diraup ke dalam pelukannya. Air matanya jatuh membasahi pipi. Betapa dia rindu dengan isterinya itu.

"Rindu"

Lily melepaskan tawa kecil. Tangannya naik mengusap belakang badan suaminya. Setelah beberapa ketika, Lily memisahkan tubuh mereka. Tangannya naik menyeka air mata yang membasahi pipi suaminya.

"Tia dah kena pergi ni. Abang jaga diri, okay. Tia tak nak abang sedih-sedih lagi. Lepas ni, abang carilah kebahagiaan abang dengan orang lain pula. Cari yang boleh jaga abang. Yang boleh manjakan abang. Yang boleh layan perangai clingy dan mengada abang ni." kata Lily dengan senyuman manis. Kakinya mula melangkah perlahan ke belakang. Menjauhi suaminya.

Berubah air muka Xavi setelah mendengar kata-kata isterinya. Tangannya cuba menggapai tangan Lily namun gagal. Beberapa kali dia cuba menggapai isterinya namun tetap gagal. Isterinya masih ada di depannya tapi kenapa dia dah tak boleh sentuh isterinya lagi?

"Sayang nak pergi mana? Jangan tinggalkan abang lagi. Sayang bawa abang juga ye. Jangan tinggalkan abang."

Semakin lebar senyuman Lily. Kepalanya digelengkan perlahan.

"Abang tak boleh ikut Tia. Abang kena duduk sini. Nanti kalau jodoh kita panjang, kita jumpa lagi kat 'sana'. Tia dengan Thamir tunggu abang."

"Tak nak. Abang tak nak duduk sini. Abang nak ikut sayang dengan Thamir. Tolonglah sayang. Bawa abang sekali. Jangan tinggalkan abang sendirian kat sini. Abang nak ikut sayang." rayu Xavi. Matanya kembali berkaca.

Lily sudah semakin jauh darinya. Langkah isterinya cuba dikejar namun kakinya seakan-akan dipaku di tempat dia berdiri sekarang. Langsung tak boleh digerakkan.

"Abang jaga diri ye. Tia pergi dulu. Tia sayang abang sangat-sangat." semakin lama, Lily semakin jauh dari pandangan matanya.

"Sayang... Sayang jangan tinggalkan abang. Sayang..." panggil Xavi dengan air mata berlinangan.

"Xavi... Bangun Xavi..." kejut Levi sambil menggoncang tubuh abang kembarnya.

"Sayang... Jangan pergi" Xavi masih lagi meracau sambil memanggil isterinya.

"Wehhh... Bangunlah" Levi menarik bahu Xavi yang sedang tidur di sisi katil sehingga terduduk di kerusi.

"Kau mimpi apa ni sampai nangis macam ni sekali?" soal Levi apabila mata abangnya itu masih mengalirkan air mata.

Xavi yang sudah tersedar, memandang sekelilingnya. Kemudian matanya tertancap ke arah isterinya yang masih terbaring kaku dengan wayar yang berselirat di tubuhnya.

'Aku... Aku mimpi rupanya.'

Xavi meraup wajahnya. Bersyukur isterinya masih di sisinya walaupun belum sedar. Sekurang-kurangnya Lily masih ada di depan mata.

Xavi bangun untuk ke tandas tanpa membalas soalan Levi tadi. Dia nak ambil wudhuk dan buat sujud syukur. Dihiraukan sahaja Levi, Diana dan ibu bapanya yang berada di dalam wad itu.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now