51

729 49 2
                                    

Xavi memandang sekilas isterinya yang sedang termenung sambil memandang pemandangan di sebelahnya. Tumpuannya di fokuskan ke arah jalan raya semula.

Tak sampai 2 jam dirawat di hospital, isterinya sudah merengek ingin pulang ke rumah mereka. Mujur keadaan isterinya sudah beransur pulih dan dibenarkan oleh doktor yang merawat sang isteri untuk pulang.

"Baby ada nak pergi mana-mana dulu ke sebelum kita balik rumah?" soal Xavi. Memecahkan suasana sunyi diantara mereka.

Terasa canggung pula keadaan mereka kerana biasanya Lily akan sentiasa berborak dengannya. Kalau senyap pun, pasti ketika isterinya tertidur.

Lily hanya menyepikan diri tanpa menjawab soalan suaminya. Masih termenung jauh sambil memandang pemandangan di luar tingkap.

Xavi melepaskan keluhan perlahan. Langsung tak ambil hati dengan isterinya. Tahu bahawa isterinya pasti tidak mendengar soalannya tadi.

Lily tersedar dari lamunannya apabila tangannya yang berada di pahanya ditarik oleh suaminya.

Lily memandang suaminya lalu membalas senyuman suaminya dengan senyuman hambar. Tubuh didekatkan ke arah suaminya lalu lengan sasa suaminya yang diletakkan di atas arm rest dipeluk.

Xavi hanya membiarkan sahaja perlakuan isterinya. Tangan halus isterinya di bawa ke bibir lalu dikucup lama.

"Abang..." panggil Lily.

"Iya sayang. Need something?"

"Tia nak pergi pantai."

"Need something to refreshing your mind?" Lily hanya anggukkkan kepalanya.

"Okay, then. Kita pergi pantai yang selalu kita pergi tu. Nak tak?" sekali lagi Lily angguk.

Kereta yang dinaiki mereka dilanda kesunyian lagi apabila penghuninya kembali melayan perasaan masing-masing.

Setelah hampir 2 jam memandu, akhirnya mereka telah sampai ke pantai yang selalu mereka pergi bersama. Pantai yang menjadi saksi Xavi melamar Lily untuk menjadi isterinya 5 tahun lepas.

Lily dan Xavi bergandingan tangan menuju ke arah kaki air. Xavi membuka selipar yang dipakainya lalu diletakkan di kawasan yang kering.

Manakala Lily pula memang berkaki ayam kerana Xavi lupa ingin mengambil seliparnya sebelum pergi ke hospital tadi. Panik punya pasal.

Mereka melabuhkan duduk di kawasan yang tiada orang. Lily menyandarkan kepalanya di bahu Xavi. Tenang sedikit hatinya setelah terkena angin laut.

"Kalau suatu hari nanti abang dah tak sanggup nak 'menunggu' bersama Tia..."

"Don't start again, sayang. Abang tak nak dengar sayang mengarut lagi." potong Xavi dengan nada marah.

"No... Dengar dulu apa yang Tia nak cakap." pujuk Lily. Lengan suaminya diusap perlahan.

"No... I don't want to hear anything from you." tegas Xavi.

Lily menarik nafas panjang. Pandangan dilemparkan ke arah laut. Perlahan air matanya mengalir tanpa dipinta.

"Tia cuma nak abang tahu, Tia lebih rela melepaskan daripada berkongsi." kata Lily dengan perlahan namun masih dapat didengari oleh Xavi.

Xavi melepaskan pelukan isterinya. Bahu isterinya ditarik agar menghadapnya. Mata tajamnya berbalas tatap dengan mata sayu yang sudah dibanjiri air mata milik isterinya.

Terus padam amarah Xavi tadi setelah mengetahui Lily yang menangis senyap-senyap di sebelahnya. Tak jadi ingin memarahi Lily.

Sudahnya, Xavi menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan tanpa menghiraukan bahawa mereka yang sedang berada di tempat umum.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now