Hadi masuk semula ke bilik Lily dengan membawa beberapa botol minuman keras, satu botol ubat dan serbuk putih yang masih di dalam plastik.
"Honey... Kita minum ni nak tak? Mesti suami kau tak pernah bagi kau cuba benda ni, kan?" soal Hadi sambil membuka penutup botol minuman keras tersebut lalu dicampurkan dengan serbuk putih yang di bawanya tadi dan juga beberapa biji ubat di dalam botol.
"Ka... Kau nak buat apa ni hah?" soal Lily dengan takut. Dia bukannya bodoh sampai tak kenal botol arak. Serbuk putih tu pulak dia pasti sejenis dadah. Cuma dia tak pasti dadah jenis apa. Botol tu pulak dia tak pasti ubat apa yang ada di dalam bekas tu.
"Minum" arah Hadi sambil memberikan segelas kecil minuman keras yang telah dicampur dadah dan ubat. Lily memalingkan wajahnya ke arah bertentangan. Enggan mengikut perintah Hadi.
"Aku tak nak minumlah." Lily menutup rapat mulutnya. Enggan minum minuman keras itu.
"Degil kau ni."
Hadi secara tiba-tiba menarik rambut Lily dengan kuat sehingga Lily menjerit kesakitan. Kesempatan itu diambil untuknya memasukkan segelas minuman keras itu ke dalam mulut Lily.
Tak puas hati apabila minuman keras itu diluah keluar kembali, Hadi mencapai botol arak itu lalu dituang ke dalam mulut Lily. Lily dengan terpaksa menelan air itu apabila dia sukar bernafas. Ada juga yang termasuk ke dalam hidungnya. Perit tekaknya akibat meminum minuman keras tersebut. Kepalanya juga sudah mula khayal.
Setelah habis sebotol dituang ke dalam mulut Lily, dicapai botol kedua pula. Dilakukan perkara yang sama seperti tadi. Minuman keras tersebut dicampur dengan dadah dan ubat terlebih dahulu sebelum memaksa Lily minum.
Kali ni Hadi mencengkam kedua belah pipi Lily sehingga mulutnya terbuka lalu dituang minuman keras itu ke dalam mulutnya. Habis baju dan tempat tidur Lily dibasahi dengan minuman keras itu.
Hadi mengukirkan senyuman sinis selepas habis 2 botol minuman keras itu. Melihatkan keadaan Lily yang sudah mabuk berat dan khayal, dia pasti sudah banyak minuman tadi masuk ke perut Lily.
"Kalau kau nak tahu... Ubat tadi tu ubat untuk buat kau gugur. Sepatutnya kau makan sebiji je tapi sebab kandungan kau ni dah besar, jadi aku masukkan separuh botol dalam air tadi. Tak banyak pun." kata Hadi sambil mengusap kepala Lily.
"Say bye bye to your beautiful mom. Nanti kau jumpa bapak kau dekat neraka. Mummy kau ni pulak akan duduk kat sini dengan aku." kata Hadi sambil mengusap perut Lily. Dia ketawa kuat setelah itu. Puas hati dengan kerjanya.
"ARGHHH... SAKITTTT.... TOLONGGG... SAKITNYAA... YA ALLAH SAKIT..." jerit Lily dengan kuat. Perutnya rasa memulas yang teramat sangat sekarang ni sehingga dia sudah tak mampu menahannya.
Ketawa Hadi makin kuat setelah melihat cecair merah mula membasahi skirt panjang yang dipakai oleh Lily. Rintihan kesakitan Lily juga semakin lama semakin perlahan sebelum Lily mula tak sedarkan diri akibat sakit yang melampau.
"It's okay, sayang. You tahan sikit je lagi. Nanti I panggil Anne datang sini untuk rawat you macam biasa. Lepas ni kita dah boleh bahagia tanpa halangan lagi. I love you so much honey." kata Hadi sambil mengusap dahi Lily yang berpeluh. Dikucup lembut dahi itu.
"Lepas ni... I akan tanam benih I dalam rahim you sampai you mengandungkan anak I. Nanti kita akan bahagia. It's just you and I. Dan juga anak-anak kita." sambung Hadi lagi. Tangannya mengusap perut Lily sambil membayangkan Lily sedang mengandungkan anaknya. Senyuman bahagia terukir di bibirnya.
"Tuan... Dragon Shadows dah serang kita. Diorang ada dekat atas." kata anak buahnya dengan cemas. Bahunya sudah cedera di tembak sebelum di turun ke sini tadi.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...