Setelah 2 hari bermalam di rumah keluarga Lily, sekarang Lily dan Xavi sudah pulang ke rumah mereka semula.
"Abang... Tia nak tanya sesuatu boleh tak?" soal Lily ketika mereka sudah siap untuk tidur. Dipusingkan tubuhnya mengiring menghadap Xavi.
"Baby nak tanya apa? Tanyalah." Xavi turut memusingkan tubuhnya menghadap Lily. Diselitkan anak rambut Lily yang berada di dahi ke belakang telinga.
"Kenapa abang selalu gaduh dengan Prof Hadi? Tia nampak dia memang betul-betul bencikan abang. Apa yang jadi sebenarnya?" soal Lily dengan berhati-hati kerana takut soalannya akan memancing amarah Xavi.
"Abang pun tak tahulah baby. Kitorang memang tak sebulu dari kecik lagi. Tapi ada satu kejadian ni yang buat dia berdendam gila dengan abang sampai sekarang ni. Lagi-lagi lepas dia tahu abang kahwin dengan baby. Lagilah dia benci dengan abang."
"Kejadian apa abang? Ceritalah kat Tia abang. Tia nak tahu jugak. Ceritalah abanggg..." rengek Lily sambil memuncungkan bibirnya. Tersengih Xavi melihat kelakuan manja isterinya itu. Dicium sekilas bibir isterinya itu.
"Cerita ni dah lama jadi baby. Masa tu abang baru lepas exam. Jadi masa cuti tu abang baliklah kampung sebab nak duduk dengan opah dan tok wan sementara nak sambung belajar. Pak Lang dengan Mak Lang memang duduk kat kampung masa tu. Abang lupa kenapa dorang ada kat kampung masa tu. Lepas tu ada seorang jiran kami ni nama dia Arisa kalau tak silap abang. Dia sebaya dengan kitorang. Hadi memang syok gila kat budak tu. Tapi Arisa tu dia sukakan abang. Masa Hadi bagitahu yang dia sukakan Arisa tu, budak tu terus cakap yang dia sukakan abang bukan Hadi. Petang tu dia datang tumbuk abang. Teruk jugaklah kitorang gaduh. Sudahnya abang balik KL semula." dengan panjang lebar Xavi bercerita kisah remajanya ke si isteri.
"Abang pun sukakan Arisa tu jugak ke?" soal Lily dengan perlahan. Tiba-tiba rasa cemburu pulak bila tahu suaminya pernah dicintai orang lain sebelum dirinya.
"Tak lah. Abang tak sukakan budak tu pun. Gedik je memanjang. Perangai dia sebijik macam si Ina tu. Tak hingin abang perempuan macam tu." balas Xavi lalu dipeluk erat tubuh isterinya. Takut isterinya terasa hati.
Lily hanya angguk sahaja. Dibalas pelukan suaminya lalu diletakkan kepalanya di lengan Xavi. Lily termenung di dalam pelukan suaminya. Xavi mengusap pipi Lily perlahan apabila melihat isterinya itu termenung jauh.
"Kenapa senyap je ni hmm? Baby cemburu ke?" soal Xavi dengan lembut. Jarinya masih setia mengusap pipi Lily dengan lembut.
"Boleh ke kalau Tia cemburu?" dengan polos Lily menyoal suaminya lalu mendongak memandang wajah suaminya.
"Kenapa pulak tak boleh baby. Baby kan isteri abang. Mestilah boleh kalau baby nak cemburu."
Lily terus mencebik lalu air matanya menitis perlahan. Dibenamkan wajahnya di dada Xavi lalu mula menangis teresak-esak. Kalut Xavi apabila isterinya tiba-tiba menangis begitu.
'Aku ada salah cakap ke tadi?'
"Tia takut abang cari perempuan lain sebab Tia tengah pregnant sekarang. Nanti Tia dah gemuk, dah tak cantik macam sekarang. Lepastu nanti mesti Tia tak boleh nak layan abang sama macam kita mula-mula kahwin. Abang janji ye jangan tinggalkan Tia." Lily berkata sambil diselangi dengan esakkannya.
Xavi hanya mampu menepuk dahi sendiri apabila mendengar kata-kata isterinya. Teruk betul Lily punya over thinking. Sampai menangis teruk macam ni.
"Sayang tetap cantik kat mata abang. Lagi-lagi sejak sayang mengandung ni sayang makin berseri-seri tau. Ni pun makin besar. Geram abang." kata Xavi sambil menepuk lembut punggung isterinya.
YOU ARE READING
Xavi Daniel: His Obsessive Love
RomancePuteri Tiara Lilyana Leon x Xavi Daniel Robert ............................................................... Pertemuan tanpa sengaja mereka di padang Polo ketika si gadis menemani abangnya bermain Polo telah berjaya membuatkan si jejaka jatuh cin...