20

8.9K 104 4
                                    

"Abang dah boleh balik rumah harini. Doktor bagitahu tadi masa baby turun pergi kafe. Doktor cakap abang dah sihat jadi dah boleh balik. Bagi orang lain pulak masuk wad." kata Xavi sambil mengunyah makanan yang disuap oleh isterinya.

"Doktor yang bagi abang balik atau abang yang paksa doktor tu supaya bagi abang balik hari ni? Abang tu bukan boleh dikira sangat. Jangan jangan abang dah ugut doktor tu tadi." Lily memandang suaminya sambil mengecilkan matanya.

"Yang tu mama sokong. Mama rasa dia yang paksa doktor tadi supaya benarkan dia balik hari ni. Mama kenal anak mama ni macam mana." sampuk Puan Sri Rose yang baru melangkah masuk ke dalam wad bersama suami dan besannya.

"Mama ni...mana ada Xavi paksa doktor tu. Dah dia yang bagi Xavi balik harini nak buat macam mana. Memang betul pun Xavi dah sihatkan. Jadi buat apa duduk dalam wad lama-lama." kata Xavi dengan nada sedih lalu menyembamkan mukanya di leher isterinya. Pelukan di pinggang isterinya juga dieratkan.

"Janganlah peluk macam ni abang. Malulah orang tengok." Lily cuba meleraikan pelukan suaminya namun gagal kerana Xavi memeluknya dengan erat.

"Mengadalah kau ni Xavi. Geli aku tengok kau manja macam ni. Dah parah kau punya penyakit gatal ni sejak kena tinggal dengan bini hari tu. Gatal mengalahkan ulat bulu." kata Levi yang baru sahaja masuk ke wad abang kembarnya itu.

"Sibuklah kau ni Levi. Sayanggg...tengoklah Levi tu...dia samakan abang dengan ulat bulu. Mana ada ulat bulu yang kacak macam abang." adu Xavi sambil memuji dirinya sendiri.

Lily tanpa sedar memutarkan bebola matanya sendiri setelah mendengar kata-kata suaminya.

"Masuk bakul angkat sendirilah abang ni. Perasan betul. Orang tak cakap pun dia handsome."

Kata-kata balasan Lily membuatkan mereka sekeluarga menghamburkan ketawa besar. Lucu dengan ayatnya yang selamba sahaja membidas ayat suaminya tadi. Xavi pula sudah menarik muka apabila dibidas begitu oleh isteri sendiri.

"Syaitan gatal mana yang rasuk you ni Xavi? Dah lah gatal mengada pulak tu. Lily... you duduk sini dengan akak. Seram pulak akak tengok laki you tu." kini giliran Diana pula mengusik Xavi.

"Ehhh...jangan mengada nak culik bini aku. Kau pergi duduk dengan laki tiga suku kau tu jauh-jauh. Eloklah korang ni kahwin. Laki bini perangai sama je. Dua dua otak tak betul." kata Xavi sambil mengeratkan pelukannya di pinggang Lily.

"Sedap kau mengata aku dengan bini aku ye. Aku pecahkan rahsia kau dekat Lily nanti kang." ugut Levi sambil tersenyum sinis.

"Janganlah bodoh. Kau bagitahu bini aku siap kau nanti. Aku sepak bontot kau kuat-kuat. Biar sampai Thailand terus." kata Xavi sambil menjegilkan matanya kepada Levi.

"Lily... Kau tahu tak suami kau ni dah macam orang mati bini selama kau dekat Selangor tu. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena." cerita Levi pula sebelum ketawa terbahak-bahak.

"Diamlah bangang. Tak payahlah nak cerita kat bini aku. Aku sepak kau betul-betul karang. Tutup telinga yang. Jangan dengar apa yang diorang cakap. Diorang tipu je tu." marah Xavi lalu membaling sebiji bantal ke arah Levi sebelum menutup kedua belah telinga isterinya.

"Garangnya orang yang baru lepas kena tinggal bini ni." sampuk Diana pula lalu ketawa bersama suaminya.

Jarang mereka dapat mengusik Xavi begitu sebab selalunya Xavi hanya buat muka tak ada perasaan bila orang usik dia.

"Aku ada satu pantun untuk kau ni Xavi. Aku reka khas untuk abang kembar kesayangan aku ni. Kau dengar betul-betul tau. 7 hari 7 malam aku fikir nak buat pantun ni untuk kau." kata Levi sambil tersengih.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now