38

2.3K 104 42
                                    

Xavi melangkah keluar dari bilik air. Entah kenapa hari ini perutnya meragam semacam. Masuk kali ni, dah 3 kali dia masuk ke bilik air. Mungkin gastrik.

"Sayang... Abang sakit perut. Sayang tak nak bangun sapu minyak dekat perut abang ke? Dulu kalau gastrik abang meragam, sayang selalu bebel dekat abang sambil urut perut abang. Macam-macam sayang bebel. Sampai pening kepala abang dengar sayang bebel. But now... abang rindu. Rindu nak dengar semua bebelan sayang. Rindu nak dengar suara comel sayang bebel kat abang sebab abang tak jaga makan. Abang rindu sangat yang." kata Xavi sambil melabuhkan kepalanya di atas katil. Seperti biasa, tangan sejuk isterinya diletakkan di pipinya.

Baru sahaja Xavi ingin melelapkan matanya seketika, tiba-tiba satu bunyi nyaring yang panjang memenuhi wad isterinya. Xavi menekan butang kecemasan dengan segera. Tak sampai 2 minit selepas itu, Dr. Lee dan beberapa orang jururawat sudah memenuhi ruang wad isterinya.

Xavi diarahkan untuk menunggu di luar sebelum jururawat menutup pintu wad dan menarik tirai. Xavi bersandar di dinding luar wad isterinya sebelum perlahan-lahan tubuhnya jatuh melorot ke bawah. Nafasnya terasa seperti tersekat di kerongkong. Sesak nafas.

Dia sudah tahu apa maksudnya apabila mesin jangka hayat yang digunakan isterinya menunjukkan satu garis panjang. Tapi dia masih berkeras untuk yakin bahawa isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja. Isterinya akan sedar semula. Dia yakin. Lily takkan tinggalkan dia sendirian.

"Abang belum sedia lagi sayang. Abang belum sedia. Jangan pergi lagi. Jangan tinggalkan abang lagi. Abang tak izinkan sayang tinggalkan abang." kata Xavi sebelum menangis teresak-esak sendirian di depan wad isterinya.

"Xavi!!" panggil seseorang dari arah kirinya namun dia langsung tak menoleh. Xavi hanya meratap pilu dengan bayangan kenangannya bersama isterinya yang selalu bermain di fikirannya.

"Apa dah jadi dekat adik? Jawab soalan ibu, Xavi. Apa jadi dekat anak ibu? Jawablah Xavi." soal Datin Laila sambil menggoncang bahu Xavi dengan kuat. Xavi hanya menggelengkan kepalanya tanpa niat ingin menjawab.

"Sabar, kita tunggu doktor keluar dulu. You jangan desak Xavi macam tu. Kesian dia." Dato' Zayn menarik tubuh isterinya supaya berhenti menggoncang tubuh menantunya.

"Bangun... Kau tak boleh terus meratap macam ni. Kau perlu kuat untuk isteri kau." Levi menarik tubuh abangnya supaya bangun dari lantai dan di dudukkan di kerusi menunggu.

"Isteri aku kat dalam tu, Levi. Isteri aku. Macam mana aku tenang sedangkan isteri aku kat dalam tu tengah bertarung nyawa. Aku risau. Aku takut... Aku takut dia tinggalkan aku." rintih Xavi kepada kembarnya. Air matanya langsung tidak diseka. Perasaan malu kerana menangis di depan keluarganya sudah dibuang jauh-jauh.

Levi memeluk tubuh abang kembarnya bagi menenangkan Xavi. Belakang badan Xavi ditepuk dan diusap. Matanya terpandang isterinya yang sedang berlari ke arah mereka. Isterinya itu masih mengenakan pakaian scrub pembedahan.

Puan Sri Rose dan Tan Sri Adam hanya memandang kedua-dua anak mereka. Walaupun Xavi bencikan mereka berdua, tapi Xavi masih menyayangi Levi. Xavi tak pernah bencikan Levi. Dan itu lagi buat mereka rasa bersalah terhadap Xavi.

"What happened? Tadi ada nurse cakap dekat I yang dia nampak Dr. Lee masuk wad Lily dengan tergesa-gesa. Did something happen to her? I baru habis operation tadi." soal Diana dengan nafas yang tercungap-cungap.

Selesai sahaja pembedahan yang diketuai olehnya tadi, tiba-tiba seorang jururawat mendekatinya dan berkata bahawa dia ternampak Dr. Lee dan kumpulannya bergegas masuk ke wad birasnya itu. Itulah sebabnya kenapa dia dengan tergesa-gesa berlari ke arah wad Lily.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now