Walaupun setelah kematian rakan-rakan,mereka tetap meneruskan hidup.
Di sebalik yang berlaku,pastinya ada hikmahnya.
Benarlah kata-kata tersebut. Kerana bukan sahaja mereka dapat mengetahui nama Izati, bukan hanya mengetahui rahsia Cikgu Hafizi, ada juga yang dapat bersatu semula bersama keluarga yang tidak pernah diketahui ada.
Walaupun banyak perkara telah berlaku,mereka masih diri mereka.
Disebabkan keteguhan mereka dalam meneruskan hidup dan kerana kuasa mereka yang unik,mereka diberikan misi.
Apakah misi tersebut?
------------------
Setelah mereka semua tamat persekolahan, mereka semua mengambil haluan masing-masing.
Antara hala tuju mereka yang lain selepas tamat belajar ialah,
Disebabkan tiada pelajar lain yang mempunyai kuasa berbeza atau yang hilang kawalan,guru-guru kembali ke rumah.
Ryomae pulang ke residen Ryuga dan sedang belajar untuk menjadi pembantu pewaris iaitu abangnya yang sudah dewasa. Cuma menunggu masa untuk naik pangkat. Kerana itulah Ryomae senang-senang je keluar dan buat kerja lain. Abang dia juga ada ketika perbincangan dulu.
Hafizi pula merantau ke tempat lain. Apabila dipanggil,dia akan datang. Seperti sebelum ini.
Indra pula mengikut ayahnya Hafizi untuk mengenal dunia dengan lebih bersama Nieji dan Shui yang juga ingin turut serta. Pada mulanya mereka menolak kerana tidak mahu mengganggu permulaan keluarga itu. Tetapi,Indra tetap memaksa mereka untuk menemani dirinya. Tambahan pula,Indfa tahu bahawa mereka mahu mengetahui dunia luar dengan lebih tetapi malu untuk mengatakan nya.
Pada mulanya,mereka menolak. Tetapi,setelah melihat Hafizi juga yang meminta,mereka tidak dapat menolaknya. Kata Hafizi,dia tidak mahu perjalanan mereka dipenuhj dengan bunyi cengkerik sahaja. Pastinya mereka berasa kekok. Hafizi juga ingin mengetahui lebih mengenai Indra melalui mereka.
Maka,dengan alasan itu,mereka setuju.Valery pula mengikut bapanya, Ryomae untuk belajar mengenai keluarga Hyuga. Maka,dia juga menginap di sana.
Emy pula sudah berjaya menjadi seorang guru bahasa isyarat untuk semua umur. Perkara ini memudahkan dia memandangkan dia membesar dengan bahasa isyarat.
Ivy pula menjadi orang kanan atau pembantu ketua pegawai polis di Alamein Kingdom. Ketua pegawai polis masih sama iaitu kekandanya,Izakaya Daisuke. Nampaknya kedua-dua adik beradik itu dapat bekerjasama.
Ulrick menjadi seorang pembuat senjata. Bakat dia dalam menempa dilihat oleh seorang penempa. Iaitu Shafril, atok kepada cucu yang Ulrick selamatkan dahulu,Shahmi. Shafril,iaitu seorang penempa mendapat tahu bahawa senjata yang mereka gunakan ketika peperangan sebelum ini ditempa sendiri oleh Ulrick dengan kuasa kekuatan dan kekreatifannya. Senjata mereka juga sangat kukuh dan mempunyai bentuk yang menyukarkannya daripada retak dengan mudah. Serta memudahkan mereka untuk menyerang dengan lebih efisyen.
Walaupun hakikatnya senjata itu dibantu oleh Joseph dan Dalton. Disebabkan teknik Ulrick dalam menempa dan mengukir senjata itu agar tidak mudah rosak malah lebih kukuh yang mana menarik perhatiannya, penempa tersebut mengambil Ulrick sebagai anak muridnya untuk belajar lebih sebelum meletakkan Ulrick sebagai salah seorang pekerjanya.Anya menjadi seorang guru pembelajaran diluar kelas. Jika terdapat apa-apa lawatan,dia akan sertai dan melakukan kerjanya. Macam guide tourists. Selain itu, dia akan menggantikan mana-mana guru yang tiada dan akan memastikan pelajar mengulang kaji serta tidak buat bising.
Haririe bekerja sebagai pelayan di kedai manisan. Dia sememangnya meminati manisan tetapi tiada sesiapa yang tahu kerana dia tidak tunjukkan. Yang sebenarnya, dia selalu ke gerai manisan yang sama setiap kali hujung minggu. Dia boleh dikatakan sebagai pelanggan tetap setiap minggu di sana. Sehinggalah dirinya diambil sebagai pekerja di sana.
Dalton pula menghadiri kelas untuk menjadi bakal pewaris rumah Riano memandangkan bapanya sudah tua.
Joseph pula selaku pembantu sentiasa disisi Dalton juga turut belajar perkara yang sama. Mereka menjadi semakin rapat walaupun pada pandangan orang lain,hanya kelihatan seperti Joseph sahaja yang bercakap memandangkan Dalton hanya menyampuk atau bercakap ketika perlu.Pada suatu hari,mereka dipanggil oleh bekas pengetua mereka di akademi Ignesius.
"Misi?"
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...