Bab 5 - past.

9 1 0
                                    

"Baiklah semua,itu sahaja untuk hari ini. Kalian boleh bersurai."

"Terima kasih!"pelajar semester 5 berkata serentak seraya bangun dan menundukkan kepala mereka sebagai tanda hormat.

"Sama-sama. Ah,jangan lupa asignment yang saya berikan kepada kalian. Saya akan kutip minggu depan. Untuk masa sekarang,itu sahaja. Pastikan siap."pensyarah Reed mengingatkan.

"Baik!"

Dengan jawapan tersebut,pensyarah Reed pun keluar. Pada masa yang sama,pensyarah Sherrly juga keluar.

Bersama pelajar-pelajar nya.

Lutfi,Riyadh dan Taufiq tiada di situ memandangkan mereka tidak mempunyai kelas bersama kedua-dua kelas tersebut. Maka,mereka sudah berada di dorm lelaki.

Untuk pelajar kelas Odd,terdapat dua dorm iaitu dorm lelaki dan perempuan. Yang termasuk pelajar dan pensyarah.

"Kalian nak pergi mana selepas ni?"pensyarah Reed bertanya kepada pelajar-pelajar lain.

"Saya kalau boleh mahu berehat dulu hari ni. Esok saya ikut rutin selepas sekolah." Amalina menjawab.

"Sama."pelajar-pelajar yang lain menjawab serentak.

"So,kalian terus balik ke?"pensyarah Sherrly pula bertanya.

"Ya."

"Kalau macam tu,jom lah balik sama-sama. Saya pun tak de tempat lain nak pergi."pensyarah Sherrly mencadangkan.

"Ok."

Dengan itu,mereka pun pulang ke dorm bersama-sama.

Ketika mereka dalam perjalanan ke sana,
"Ugh...ingatkan aku supaya jangan gatal-gatal ambil misi sebagai murid lagi..."Anya sempat membebel kepada rakan-rakannya yang berada di belakang.

"Eh? Bukan ke kau kerja kat sekolah? Takkanlah tak biasa dengan assignment?" Haririe bertanya pelik.

"Aku kerja kat sekolah rendah,bukannya akademi, bong**."Anya dengan selamba mencarut.

Slap!

"Akk..." Anya mengusap pipinya yang ditampar oleh sesuatu yang berbisa dan berkelajuan tinggi. Disebabkan tamparan itu,dia terjatuh.

Melihat itu,mereka memandang ke arah Ivy memandangkan wanita itulah yang pernah menampar Anya sekuat itu sehingga lelaki itu boleh jatuh.

Ada juga yang telah kejung kerana perkara itu tiba-tiba berlaku.

"Bukan aku!" Ivy cepat-cepat mengaku.

"Jadi,siap--"

"Lain kali,jaga mulut tu." Wei Shin berkata tanpa nada.

"Hah,diorang tak tahu lagi,kalau diorang dah lama tinggal sini dan masih lagi cakap macam tu,benda lain yang melayang." Lin Yan berkata dengan senyuman mengejek.

"Lin Yan..." Yue Lan memanggil adiknya sebagai amaran untuk tidak berkelakuan biadab.

"Apa? Saya tak salah apa-apa. Saya cuma mengingatkan sahaja." Lin Yan tidak mengaku bersalah.

"Kau ok?" Valery membantu Anya bangun.

"Sakit...."Anya merungut sambil masih mengusap pipinya yang terasa panas.

"Korang dah nampak,kan? Apa akibatnya kalau cakap tak berlapis." Nin Hu berkata dengan senyuman santai nya. Walaupun kata-katanya bernada sinis.

"Apa benda tadi tu? Pedih pipi aku." Anya bertanya laju.

Mendengar itu,mereka semua tersenyum nipis.

"Lebih baik kau/awak tak tahu."Mereka menjawab serentak dengan nada masing-masing.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now