Akhirnya,hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Di mana pelajar semester 5 yang telah terpilih perlu menghadiri kem disiplin diri di sebuah hutan selama 3 hari 3 malam.
Sebelum pelajar kelas Odd pergi ke dewan 2,iaitu tempat mereka berkumpul untuk menunggu bas,
Mereka yang lain sempat berkumpul di wakaf berhampiran kelas mereka. Hal ini kerana pelajar semester 3 masih mempunyai kelas. Sedangkan pelajar semester 5 yang lain tidak. Walaupun begitu,mereka tetap keluar rumah untuk melihat mereka buat kali terakhir sebelum mereka pergi.
"Aku beri amanah kepada korang untuk jaga budak-budak. Aku percayakan korang. Tapi bukan sepenuhnya." Anirma mengingatkan alumni kelas Z.
"Bukan senang Ima nak bagi kepercayaan kepada seseorang,tau. Jadi,jangan sia-siakannya." Xarian menyampuk.
"Jangan sampai kami dengar ada sesuatu yang tak baik berlaku." Nin berkata sambil memandang ke arah Haririe.
'What's wrong?' Haririe yang tidak tahu apa-apa keliru.
"Tapi kalau sudah takdir, tak ada apa yang boleh dibuat." Kondrad berkata.
"Tapi." Mo menambah.
"Kalau aku tahu bahawa korang sengaja biarkan diorang buat sesuatu yang tak sepatutnya,aku akan pastikan korang menyesal datang sini." Shin menyambung dengan wajah kosong nya.
"Err..."
"Jaga antara satu sama lain. Apatahlagi Lin Yan. Dia perlukan seseorang untuk bersama. Aku tak nak masalah terjadi." Anirma mengingatkan.
"Zarina sahaja takkan cukup,jadi kami harapkan kalian."Amalina berkata sanbil memandang Emy dan Ivy.
"In sya Allah." Ivy menjawab sambil Emy membalas dengan senyuman.
"Alhamdulillah."Ming tersenyum ketika merasakan perkara itu telah selesai. Sekurang-kurangnya hal rakan-rakannya yang lain sudah selesai.
"Ketika pertandingan MAC nanti, aku harapkan kalian tak buat masalah. Jangan merayap ke tempat lain selain arena dan kafeteria sehingga diberitahu boleh bersurai.
Kalau ada yang cari masalah sekalipun, jangan balas. Kalau nak balas pun,hanya dengan kata-kata. Kalau ada yang menggunakan kuasa terhadap kalian, gunakan seni mempertahankan diri yang telah dipelajari. Jangan sesekali gunakan kuasa." Anirma memberi peringatan kepada mereka semua.
"Err..."Mereka hanya mampu tersenyum kekok mendengar bebelan Anirma.
Suasana kekok sebelum Xarian menambah,
"Ah,korang jangan risau jikalau korang terkena tempias perlawanan nanti. Sebab kawasan penonton dan gelanggang perlawanan dipisahlan dengan pelindung. Makanya korang hanya akan dapat lihat dan dengar perlawanan tu je.""Let's move now." Henriette berkata.
Dengan itu,mereka pun turun bersama barangan yang perlu dibawa. Ketika mereka tiba di dewan 2,mereka mendapati atmosfera yang sama seperti ketika di dalam dewan utama sebelum ini. Di mana mereka yang lain hanya berasa dalam kumpulan masing-masing dan bergosip antara satu sama lain. Manakala bagi yang tidak mempunyai partner hanya mampu memandang sekeliling, mendengar perbualan orang lain dan termenung.
Walaupun ada juga yang menghabiskan masa dengan bermain telefon dan membaca buku.
Antara mereka itu ialah,
"Assalamualaikum."
Geng semester 5 menyapa lima orang pelajar yang sibuk dengan buku mereka.
Perasan diri mereka disapa,mereka terus memandang.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...