Setelah selesai solat Isyak,mereka semua perlu menghadiri aktiviti terakhir iaitu,
Ice breaking. Di mana pelajar-pelajar akan memperkenalkan diri masing-masing.
"Honestly speaking,kami tak baca habis tentang kalian selain nama sebab masa tidak mengizinkan." Nik berkata dengan senyuman kekok.
Ketika ini,pelajar-pelajar sedang duduk dalam bentuk barisan bertentangan, pelajar perempuan dan lelaki. Manakala fasi-fasi berada di tengah-tengah barisan,ada juga fasi yang berdiri untuk bergerak melihat keadaan. Kerana pelajar-pelajar ini perlu menghadap pelajar berlainan jantina di hadapan mereka. Kang jadi masalah lain.
Terjadilah barisan panjang antara lelaki dan perempuan. Pelajar nya tidak sampai 100 orang,hanya dalam 80 orang sahaja.
"So,tell us. Macam mana kalian boleh berada di sini. Dengan ini,kalian juga akan sedar dengan kesilapan yang kalian telah lakukan." Ain menambah.
"Bukan korang semua dah tahu ke?"seorang pelajar bertanya dengan nada jengkel.
"Like we said,we don't really read every single one of your stories." Reid membalas dengan nada malas.
"Lagipun,kami nak tahu daripada kalian sendiri untuk tengok kesahihannya. Untuk mengetahui cerita sebenar,kita perlu tahu dari pelbagai pihak agar maklumat lengkap. Lagipun,dengan kalian sendiri yang mengatakannya,kalian akan berasa agak bersalah sedikit mengenai kesalahan yang kalian lakukan." Reiji menambah.
"Kenapa pulak? Benda dah lepas,tak payah nak bertanya bagai."pelajar lelaki yang sama bersuara lagi.
"Ice breaking ni juga adalah untuk kami kenalpasti masalah kalian dengan lebih mendalam agar kalian dapat dibantu dengan cara yang lebih efektif." Zarim menjawab.
"Korang ni pakar kaunseling ke apa? Efektif? Tinggi betul kau belajar."pelajar yang sama membalas.
"Kamu cakap banyak. Bangun dan ceritakan kisah kamu." Mariam yang sudah geram dengan perangai lelaki itu menyuruh dia memulakan dahulu.
"Apesal aku pulak?"pelajar itu geram.
"Sebab kamu menyampuk dari tadi." Eiji membalas dengan senyuman menahan sinis.
"Ergh....korang semua dah tahu cerita aku. Buat apa nak---" belum sempat pelajar itu membalas,
"Sebab kami dapat rasakan cerita kamu hanyalah sebelah pihak." Ibrahim menyampuk.
?
"Nama kamu Uwais,kan? Kami dapat tahu kamu pukul seorang ustaz sehinggakan perlu dimasukkan ke ICU. Kami nak tahu kenapa kamu buat sampai macam tu sekali." Riana berkata dengan lembut.
.....
Senyap. Lelaki itu,Uwais berdiam diri.
"Ianya bukan sebab kamu nak lepaskan kemarahan saja-saja, kan? Memandangkan kejadian tu berlaku di rumah kamu,yang mana jauh daripada rumah ustaz tu,dan tak sepatutnya dia berada selain ada urusan penting dengan pelajarnya memandangkan kita ada telefon untuk berkomunikasi." Ibrahim membalas.
"......kau....serius nak dengar?"Uwais bertanya dengan suara yang agak serak. Pandangannya ke bawah,tidak memandang ke arah fasi yang berada di hadapannya.
Ketika itulah,rakan-rakannya yang lain berbunyi,
"Ah,kalau difikirkan secara logik,ianya memelikkan memandangkan ustaz yang kau tumbuk tulah yang selalu berikan pengajaran kepada kau. Beritahu kau untuk berubah dan segalanya."
"Dan aku sendiri pun pernah dengar daripada kau yang kau mula terbuka hati dengan ustaz tu. Entah apa yang jadi,Esoknya aku dengar kau pukul ustaz tu...."
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...