Bab 2 - tiba.

10 1 0
                                    

Malam itu,seperti yang dijanjikan,mereka bertolak ke Diaz Kingdom dengan menaiki kapal terbang.

Ada yang sudah tidur sebaik sahaja kapal terbang berlepas. Majoriti nya sudah tidur. Tetapi,ada beberapa orang yang belum tidur.

"Kenapa kau tak tidur lagi?" Taufiq bertanya kepada seseorang yang berada di sebelahnya.

"Entahlah. Aku cuma tak terasa nak tidur...." Valery menjawab sambil memandang ke luar tingkap yang gelap.

"......"

Di sisi yang lain,

Ada juga yang belum tidur.

Seseorang itu perasan tetapi tidak mahu mengganggu.

Kerana lelaki tersebut bagaikan mempunyai sesuatu di dalam fikiran mereka.

"Entah kenapa,aku teringatkan Roy."

"Roy...."

Di sebuah dorm,

Di dalam bilik persalinan,

"Ayahanda, sudah empat tahun anakanda berada di sini,masih tiada apa-apa yang berlaku."seorang lelaki bertanya kepada seseorang,iaitu bapanya melalui cermin Komunikasi.

"Tunggu lagi setahun,tamatkan sesi akademi kamu. Setelah kamu mendapat keputusannya,kamu boleh pulang ke sini semula."si ayah berkata dengan nada lembut.

Di akademi Yu Li Cheng, satu semester dijalankan selama setahun. Dan pelajar perlu mengambil lima semester iaitu lima tahun mengikut tahap pembelajaran mereka. Jika mereka dapat sijil awal seperti pada semester ke empat,itu bermakna orang tersebut sudah menghabiskan pembelajarannya di situ.

"Baiklah Ayahanda."Walaupun dia mahu sahaja mengeluh,dia perlu ikut. Kerana ada benarnya apa yang ayahnya katakan.

Ketika itu,
"Kekanda,jangan lupa belikan sesuatu yang menarik ketika pulang nanti!"seorang gadis yang kelihatan muda beberapa tahun daripada lelaki tersebut berkata dari belakang ayahnya.

Jeritan gadis itu tidak membuatkan pelajar lain yang berada di bilik yang sama terjaga kerana dia sudah meletakkan artifak kedap bunyi pada pintu bilik persalinan itu.

Melihat itu,si lelaki mendapat idea.
"Heh,kekanda akan belikan apa sahaja yang kekanda lihat. Kamu hanya mahukan sesuatu yang berada di dunia manusia sahaja,jadi tak perlulah kekanda pilih benar-benar serius untuk kamu,kan? Kalau pasir sahaja boleh,kan? Kamu nak pasir apa? Pasir pantai?"Dia berkata dengan senyuman mengejek.

"Kekanda!"gadis itu memanggil kuat.

"Hahahaha."lelaki tersebut malah ketawa.

"Sudahlah tu,kalian berdua. Riet, pastikan kamu buat yang terbaik ketika di sana. Jangan terlalu sibuk mencari maklumat sehinggakan kamu lupa menjaga diri kamu. Jaga solat,jaga makan minum,jaga kesihatan diri. Gilap swordmanship kamu dengan Rian."ayahnya berkata kepada si lelaki tersebut,Riet.

"Ayahanda terlalu risaukan kekanda lah...."si gadis yang mendengar itu berkata.

"Cakap je lah kamu jealous." Riet berkata.

"No!!"gadis itu menafikan dengan muka yang sudah merah.

"Hahaha. Sudahlah tu. Riet nak tidur,lewat dah ni."

"Baiklah. Assalamualaikum. "Ayahnya dan gadis tersebut berkata.

"Waalaikumusalam."Setelah menjawab,dia menutup komunikasi tersebut.

Walaupun setelah tamat berkomunikasi, dia tetap berada di situ,hanya berdiam diri.

"........."

"Kau tak nak beritahu diorang ke?"seseorang memecah kesunyian.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now