5 tahun sebelum,
Di mana pelajar semester 5 baru sahaja memasuki semester 1. Ketika itu,hanya mereka sahaja yang ada. Dan ketika pertengahan semester,mereka akhirnya mendapat tempat mereka sendiri yang jauh daripada pelajar lain yang sentiasa cuba membuat masalah dengan mereka yang dikira pelik kerana 'tidak mempunyai kuasa'.
"Akhirnya,kita dapat kelas!"Xarian yang paling gembira ketika mendapat kelas sendiri,yang lebih jauh daripada orang lain.
Pada ketika ini,mereka masih belum rapat dan mengenali dengan mendalam mengenai antara satu sama lain lagi. Mereka berkenalan pun ketika ditemukan di dalam kelas sementara mereka. Walaupun begitu,ada antara mereka yang sudah rapat.
"Alah,kalau macam tu,susahlah kita nak jumpa Phil...."rungut seorang pelajar lelaki yang mempunyai mata berwarna ungu magenta.
"Yang kau lagi over daripada Nana dah kenapa?"tanya pula lekaki yang mempunyai mata berwarna oren kuning kepada lelaki itu dengan nada jengkel.
"Ha'ah. Aku setuju dengan Zainal. Cuba tengok Nana. Ok je." Philipe yang bersama mereka menyokong rakannya,Zainal.
Pelajar perempuan yang sedang melihat sekeliling terus memandang ke arah Karl sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil,Nana.
Atau dengan nama penuhnya,Nurul Ilyana binti Elyas.
"Ya saya?"Dia bertanya dengan nada yang comel.
"Tak de apalah. Teruskan menikmati pandangan kau." Nin berkata dengan tawa kecil. Mendengar itu,Nana hanya tersenyum mesra dan kembali memandang sekeliling bersama pelajar perempuan yang lain.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...