Di sisi yang lain,
Seekor burung sedang elok bertenggek di atas pokok,yang mana berdekatan dengan pejabat pengetua akademi Yu Li Cheng, Maxwell yang masih berada di perkarangan akademi,yang mana memelikkan kerana langsung tiada orang lain di situ. Hanya dia dan orang kanan nya,Hugo sahaja yang ada....
Dan segala percakapan mereka didengari burung yang mana sebenarnya ialah seorang manusia yang menggunakan kuasanya. Bukan seorang lelaki. Tetapi seorang wanita,seorang pelajar di situ.
"So,this time,he's using humans to fight with us,huh? Nampaknya Mana nya tidak mencukupi untuk menyerang seperti dahulu.
Kali ini,aku akan lawan betul-betul. Bukan disebalik tabir lagi."Dia berkata kepada dirinya.
Pada ketika itu,Maxwell perasan seseorang yang bagaikan memerhati mereka terus memandang ke arah tempat burung itu bertenggek dengan pandangan yang tajam. Dia yang sedarng menyamar terkejut kerana instinct pengetua terlalu kuat,terus dia mengecilkan dirinya dengan spell magic supaya sukar dikesan. Dia menjadi seekor semut, bergabung dengan semut-semut yang lain.
Pada masa yang sama,
Tok tok tok
"Masuk."
Seorang lelaki berambut hitam bersama jaket nya terus masuk ke dalam bilik itu sebaik sahaja diberikan kebenaran.
"Alhamdulillah....terima kasih ya Allah..."seseorang yang menyamar itu bersyukur sangat-sangat.
"Reed, apa kau buat kat sini?"wajah ketat dan serius dia tadi berubah menjadi ceria sebaik sahaja melihat pensyarah Reed yang masuk.
"Aku nak minta cuti selama 4 hari termasuk pergi dan balik untuk ke bandar Harlech. Tali Gusheng aku dah putus... haih....apa lah penyebab nya.." Reed mengeluh sambil mengenangkan tali gushengnya yang sudah putus.
"Macam mana pulak boleh putus?"pengetua Maxwell, yang mana sudah berkawan dengan Reed buat masa yang lama bertanya ingin tahu.
"Aku pun nak tahu jugak sebenarnya." Lagi sekali,Reed mengeluh.
"....Kalau kau tak ada,siapa yang nak mengajar kelas Odd? Takkanlah nak bagi pada cikgu lagi seorang tu...lagi tiga orang pensyarah baru tu ajar subjek khusus,jadinya tak sesuai untuk gantikan kau... Lagipun,bandar Harlech tu kan jauh. Ambik masa setengah hari untuk pergi ke sana."
"No need to worry. Aku dah fikirkan hal tu semasa aku dalam perjalanan ke sini. So,aku terfikir....
Aku nak minta kau luluskan kebenaran untuk diorang ikut aku ke bandar. Sekurang-kurangnya, diorang bolehlah kenal bandar kita ni. Bersama pelajar-pelajar lain dan cikgu lagi seorang tu."
"Oh,macam bercuti sambil belajar? Baiklah, aku benarkan. Kerja makin senang memandangkan bukan semua ada keluarga jadi,kau boleh bawa diorang terus."
"Baiklah. Terima kasih,Max. Kau memang sahabat aku."
"Haih....aku tahu betapa sayang nya kau pada Gusheng kau tu. Selagi aku tak benarkan,selagi tu kau ganggu aku,kan? Sampaikan kau sanggup pergi ke bandar yang jauh tu semata-mata untuk gusheng kau."pengetua Maxwell berkata dengan senyuman lebarnya.
"Benar sekali,Wahai sahabat. Hahaha. Kau pun tahu,kedai muzik kat sini tak ada peralatan untuk gusheng aku ni. Benda rare doh! Hehe. Baiklah, aku pergi dulu. Terima kasih!"Reed pun terus keluar dengan wajah yang ceria.
Sebaik sahaja Reed pergi,senyuman manis pengetua Max hilang.
"Menyusahkan. Mengapa tuan asal badan ni mempunyai rakan yang menjengkelkan seperti manusia itu? Ugh....aku tak suka kan dia."pengetua Max menggerutu.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...