"Apa yang terjadi kepada pelaku yang buatkan anak kami begini?"bapa kepada Laura bertanya kepada Anirma yang ketika itu berada di luar untuk bercakap dengan ibu bapa Laura yang baru tiba.
"Lelaki pertama yang menggila sebenarnya memang hilang akal makanya dia akan ditempatkan di rumah sakit jiwa. Kerana hilang segalanya dalam satu masa, dia menjadi gelandangan dan ketika terlihat Laura,dia teringat perangai lama dia,a psiko. Dan dia mula menggila. Sekarang ni,gelandangan tu sedang ditahan,dan akan memasuki hospital sakit jiwa.
Yang serang dengan asid tu pula dilakukan secara sengaja. Orang tu ialah pelajar akademi yang sama dengan kami. Pelajar tu dah lama berdendam dengan Laura kerana Laura selalu compete dengan top 3 lagi dua orang,adik beradik Meory. Malah,Laura rapat dengan mereka. Pelajar tu rasakan Laura tak layak semua tu kerana Laura bukanlah bangsawan kaya seperti pelajar tu. Disebabkan ianya memberikan kesan jangka masa panjang kepada Laura dan pelajar tu sendiri confess,makanya pelajar tu dimasukkan ke dalam penjara." Anirma menjawab panjang.
"Mereka semua dapat apa yang mereka buat."Anirma menyambung seraya melihat wajah lega kedua ibu bapa Laura.
"Ingat,kalian perlu temankan dia selalu. Kalian pastinya sudah dengar nasihat doktor,kan?"
Pasangan suami isteri itu hanya mampu menganggukkan kepala mereka. Sayu hati mereka melihat keadaan anak tunggal mereka yang selalunya ceria menjadi murung sebegitu. Langsung tidak berkata apa-apa. Hanya termenung memandang siling wad itu.
Hampir luruh jantung mereka ketika mengetahui bahawa puteri kesayangan mereka berada di hospital,apatahlagi mengenai apa yang dilaluinya. Pada mulanya,mereka asyik menyalahkan diri mereka kerana membiarkan Laura sendirian. Sehinggalah dipujuk Anirma.
"Laura."
Mendengar namanya dipanggil oleh suara yang disukainya,dia terus memandang ke arah Anirma,si empunya suara.
"Mak ayah kau dah datang."
Melihat sahaja kedua ibu bapanya berada di situ,Laura menarik Anirma mendekati dirinya dengan mencengkam hujung baju Anirma untuk bersembunyi disebaliknya.
"Laura...."hampir si ibu menangis pula ketika melihat Laura bagaikan tidak mahu bertemu mereka.
Anirma bergerak menghadap Laura untuk bercakap dengan wanita itu.
"Laura,aku tahu kau tak nak jumpa diorang disebabkan muka kau. Tapi percayalah,mereka akan terima kau. Kau anak diorang,takkanlah diorang nak buang kau hanya disebabkan kemalangan macam ni. Bukan kau yang nak benda ni jadi,Laura."
Walaupun setelah berkata begitu,Laura masih menggenggam erat hujung baju muslimah Anirma.
"Sekarang,kau kena bersama mereka, tau. Aku kena pergi dulu. Pembelajaran akademi aku sedang menunggu. Sedangkan kau,diberikan cuti selama dua minggu. Selebihnya,terpulang kepada kau dan keluarga kau untuk putuskan langkah seterusnya."
"......"Laura tidak menjawab.
"Tapi..."Anirma turun ke bawah, sambil membelai tangan kiri Laura yang kosong.
"Aku harap kita dapat graduate bersama."Anirma berkata dengan lembut sambil memandang anak mata Laura yang berwarna brown.
"......."masih tiada jawapan. Tetapi Laura tetap memandang ke arah Anirma.
"Ra,kau tahu,aku tak boleh selalu ada dengan kau. Tapi keluarga kau boleh. Mereka keluarga kau,darah daging kau. Kau selamat dengan mereka."
Mendengar nama panggilannya dipanggil dan kata-kata lembut Anirma, perlahan-lahan, Laura melepaskan cengkaman baju Anirma. Walaupun berwajah kosong, Laura memandang ke arah kedua ibu bapanya. Itu pun sudah cukup untuk mereka tersenyum kerana dapat juga melihat wajah wanita itu.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...