!!!!
Melihat pandangan itu,mereka semua, termasuklah pelajar semester 3 dan alumni kelas Z mula menggeletar. Tadi,hanya Valery dan tiga rakan itu sahaja. Tetapi kini,mereka semua mula merasakan tekanannya.
Pensyarah pula hanya melihat dari tepi. Hanya pensyarah Taufiq dan Lutfi sahaja yang mula alert dengan mereka. Sedangkan pensyarah Riyadh juga hanya memandang kosong.
"Rian,stop it. You to,Riet." Anirma memberi amaran kepada rakan-rakannya supaya tidak menggila.
Sedangkan rakan-rakannya yang lain hanya mengeluh.
"Hehe,aku nak main je. Itupun dah kecut. Lemah."Xarian berkata dengan senyuman mesra. Aura membunuhnya terus hilang.
Begitu juga Henriette yang tidak menjawab apa-apa.
"......""Kau punya main tu boleh bawak maut,tau. Aku tak nak ada mayat lain kat sini." Nin membalas santai.
"Alrighty~" Xarian menjawab dengan penuh gembira.
"Sudah. Jom bawa mereka ke tempat yang sepatutnya." Anirma tidak mahu membuang masa berkata.
Ketika ingin membawa pelajar-pelajar itu turun ke bawah,
"Biar saya yang uruskan."seseorang mendekati mereka."Pengetua."melihat figura jejaka yang sukar berada di situ,masing-masing menunjukkan kepala mereka tanda hormat.
"Berikan mereka kepada saya. Lagipun kalian mempunyai jemputan."Pengetua Maxwell berkata sambil memberikan sampul surat kepada pelajar semester 5.
'Dah datang.'Shin yang mengagak hal itu menerima surat itu. Bukan hanya dia,rakan-rakannya yang lain juga sudah mengagak.
"Disebabkan tiada apa-apa lagi,saya minta diri dahulu. Kalian,ikut saya."Pengetua Maxwell berkata sambil menarik pelajar-pelajar penyerang tadi dengan tali yang berfungsi menyahaktifkan kuasa mereka maka mereka tidak boleh lari lagi.
"Surat apa tu?" Azharina bertanya ingin tahu.
"Ianya untuk kami. Kecuali Karl,kami diminta untuk berjumpa...... seseorang."kata Amalina dengan senyuman kepada Azharina.
"Tapi,kalian baru pulang,kan? Memang kena pergi sekarang ke?" Yue Lan bertanya risau.
"Tak pe. Orang ni orang penting."
"Lagipun,transport kami dah menunggu di luar pagar akademi."
"Kalau macam tu,kami pun nak pergi dulu juga. Jaga diri tau." Ming berkata kepada mereka yang lain dengan senyuman manis.
"Good luck guys."bisik seorang rakan mereka yang tidak mengikut. Kerana dia berbeza.
"Kau tu,hati-hati kat sini."Kondrad memberi nasihat kepada rakan baiknya itu.
"Baik."
Dengan itu,pelajar semester 5 pun turun dan bergerak ke gerbang akademi.
Sampai sahaja di sana,mereka mendapati dua buah kereta kuda sedang menunggu mereka. Yang mana sedang dikerumuni ramai kerana kereta kuda ialah sejenis kenderaan yang jarang digunakan.
"Ha....dia memang nak buatkan kita jadi perhatian ramai ke?...."
Masing-masing sudah mengeluh. Walaupun begitu,mereka terpaksa menerima. Mereka pun berjalan mendekati kereta kuda itu.
Sebelum itu,mereka perlu melepasi pelajar-pelajar lain. Tanpa perlu berkata panjang,
"Ke tepi."
Hanya perlu Anirma berkata perkataan itu, mereka terus berlalu pergi dari situ.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...