Bab 22 - kisah mereka 1

7 2 0
                                    

"Er...kami....kami kena pergi surau..."

?!

Kenyataan Michael membuatkan Miller,Aubrey dan Erika terkejut dan keliru. Sebelum ini,mereka menyangkakan mereka bertiga bukan Islam.

"Se...seriously?" Miller bertanya walaupun terkejut. Dia mahu memastikan apa yang dia dengar, takut tersilap. Sedangkan lagi dua orang wanita disebelahnya masih terpegun kerana terlalu terkejut.

Mereka bertiga hanya menganggukkan kepala sahaja.

"....baiklah. Ka...kami...kami pergi dulu." Dengan ini,hanya Miller dan Aubrey serta Erika yang bergerak ke stesen lain untuk memasak.

Sebelum itu,
"Fighting."Erika yang dapat merasakan sesuatu sempat berkata kepada mereka sebelum berlalu pergi bersama yang lain. Pergelangan tangannya telah dibalut oleh Anirma dan masih belum pulihkan.

"Kita...boleh pergi,kan?" Seara bertanya kepada rakan-rakannya. Dia sebenarnya masih ragu-ragu. Bagaimana jika perlakuan mereka diketahui oleh 'mereka'? Adakah mereka akan di'hukum' lagi? Adakah mereka benar-benar boleh lakukan ini?

"Ya."jawapan serentak daripada Michael dan Quill membuatkan semangat mereka bertiga berkobar-kobar.

"Aku....boleh jadi....diri aku...sekarang... as Muhammad Aidil Adha. Not as Quill Powell. You can do it,Adil."- Quill Powell / Aidil Adha.

"Ini sahaja masanya...." - Seara Ortiz

"I don't want to waste this chance." - Michael

"Apa yang kalian buat di sini?" Ibrahim yang dalam perjalanan ke surau bertanya kepada tiga orang pelajar itu.

"We....." Michael agak tidak berani untuk mengatakan kebenarannya kepada Ibrahim yang membawa aura kepimpinan yang tinggi.

Melihat itu,Quill memberanikan diri dan berkata,

"We want to join."

"Tapi menurut rekod---" kata-kata Ibrahim dipotong oleh Quill/Aidil.

"Asalnya,kami juga beragama Islam. Tapi,sejak aku diterima masuk di dalam keluarga Powell, mereka menyuruh aku supaya lupakan tentang Tuhan. Kerana keluarga Powell ialah Atheis,tak percaya adanya Tuhan. Pada mulanya,aku cuba.... untuk berpura-pura ikut mereka. Sehinggalah aku dipaksa untuk makan macam-macam yang sepatutnya diharamkan. Aku cuba berikan pelbagai alasan. Sampailah....mereka buat sesuatu diluar jangkaan aku.." Aidil berkata sayu. Dia masih lagi teringat ketika makan malam dia bersama keluarganya yang lain. Makan malam biasa yang dia selalu hadiri. Tapi kali ini,dia dapati air yang diberikan untuk dirinya berbau pelik. Dia cuba bertanya tetapi,mereka yang lain hanyalah tersenyum dan menyuruh dirinya mencuba. Dia yang tidak tahu apa-apa mengenai air itu,cuba minum.

Malangnya,dirinya tidak dapat menelan dan terus memuntahkan semula sisa air tersebut. Baru sahaja dia ingin menarik nafas dan bertanya mengenai air itu,dia terus tahu ketika dirinya ditengking,
"Dasar anak pungut tak sedar diri! Berani kau muntahkan wain berharga yang aku belikan dengan duit aku?! Kau tahu berapa harga sebotol wain itu?! Dasar! Jilat balik!"

Dia menolak keras tetapi malangnya,kepalanya dipaksa untuk tunduk dan menjilat kembali muntahnya. Sejak itu,dia sentiasa cuba menelan wain dan arak yang diberikan kepada dirinya walaupun tekaknya terasa mahu memuntahkannya. Tetapi,jika dia melakukan itu,dirinya akan kena. Sejak itu,dia mula menjadi terbiasa dengan wain dan arak yang diberikan. Bersama makanan haram lain.

"Me neither. Aku beragama Islam sehinggalah kematian ibu dan ayah aku. Aku dibawa masuk dalam keluarga pakcik aku iaitu abang kepada ayah aku. Aku ingatkan,aku akan hidup normal tapi rupanya,sebaliknya yang aku dapat...
Diorang kata......tu..tuhan tak berguna...Maafkan aku,Ya Allah...(perlahan)." Michael menarik nafas sebelum menyambung,

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now