Malam itu,
Di dalam sel seseorang. Semua orang sedang enak tidur,malah pegawai polis pun dah tertidur kerana jam telah menunjukkan pukul 3 pagi. Sedangkan seseorang itu masih belum tidur.
Ketika dia sedang termenung,
"Hey,hey. Apa yang kau buat tu?"seorang wanita datang. Disebabkan keadaan yang gelap,sukar untuk melihat wajahnya. Walaupun begitu, dia tetap mengetahui siapakah gerangan pendatang itu daripada suaranya.
"Aku tak nak member aku mati dalam sel." Lelaki berambut pacak menjawab tanpa memandang.
"Wah,setia jugak kau ye. Ingatkan gangster macam korang ni tak de hati perut. Yelah,korang suka sakitkan orang lain,kan? Ugut sana sini,mencuri sana sini. Memang patut pun korang dapat masuk penjara dalam masa yang lama~"wanita itu berkata dengan nada yang menjengkelkan.
"...kau sengaja,kan?"lelaki itu bertanya masih tidak memandang ke arah wanita itu.
"Hurm?"wanita itu berpura-pura bertanya.
Lelaki itu geram dengan sikap wanita itu mengetap giginya sebelum berkata,
"Kau yang beritahu aku,yang perempuan tu suka kan bunga tu dan bunga tu bermaksud kemaafan. Tapi kenapa kau tak beritahu aku bahawa bunga tu boleh bawa maut pada dia?"sambil memandang ke arah wanita itu dengan pandangan yang tajam.Hanya palang sel yang menjadi pemisah antara mereka.
"Eh~? Mana lah aku tahu~"wanita itu bermain-main.
"Kau tak tahu? Atau pura-pura tak tahu?"lelaki itu bangun dari duduknya.
"You guess."
"Kau sepatutnya yang lebih tahu kerana dia ***** kau! You know her!"Walaupun setelah menjerit,tiada sesiapa yang bangun. Nampaknya ada sesuatu yang menghalang mereka daripada tersedar. Kalau boleh,dia mahu menarik wanita itu mendekati dirinya kerana jarak antara palang sel itu agak jauh. Tetapi ditahankan. Dia tidak mahu dirinya hilang kawalan di situ.
"Hehehe."wanita itu hanya ketawa.
"Kenapa kau cuba bunuh dia? Aren't you guys close?"Setelah menenangkan dirinya, lelaki itu bertanya.
"Close? Hahahaha!"hilai tawa wanita itu bergema di seluruh tempat,bagaikan langsuir yang ketawa.
"......."lelaki itu hanya diam. Walaupun gema tawa wanita itu menakutkan dia,dia tetap memberanikan dirinya untuk terus memandang wanita itu.
"Kau tanya aku,kenapa aku cuba bunuh dia? You really want to know?"wanita itu bertanya.
"Yes!"lelaki itu berkata bagaikan terdesak ingin tahu.
"Then," wanita itu meletakkan kaki kirinya ke hadapan lelaki tersebut. Kakinya yang kecil menyebabkan separuh kakinya dapat memasuki bahagian dalam sel itu.
"Kiss it."
"What?"lelaki itu tidak percaya dengan permintaan wanita itu.
"Kau nak tahu,kan? Jadi,beranikan diri."wanita itu menggerakkan jari kakinya. Bagaikan menggoda lelaki itu untuk melakukannya.
......
Dia berlutut. Mulutnya di dekatkan pada kaki wanita itu. Sedangkan wanita itu sudah tersenyum sinis.
......
Walaupun begitu,lelaki itu berhenti.
"No!"Dia kembali berdiri dan menghadap dinding,yang mana bertentangan dengan kedudukan wanita itu.
"Are you sure?~"wanita itu bagaikan mencabar lelaki itu untuk melakukan perkara yang memalukan itu.
Walaupun begitu,
"Aku takkan gadaikan maruah aku untuk tahu rahsia orang lain.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...