Malam itu,mereka tidur dengan selesa walaupun mereka merungut kecil kerana kurang selesa.
Pagi keesokannya,
Setelah selesai solat subuh,
Ivy mengejutkan rakan-rakan perempuan bukan Islam nya untuk bangun dan bersiap memandangkan aktiviti pada pagi itu ialah exercise,pembelajaran seni mempertahankan diri dan aktiviti menangkap bersama pensyarah. Kecuali pensyarah Reed yang keluar awal untuk ke kedai muzik bagi membaiki tali gushengnya yang putus.
Di sisi pelajar lelaki,
Mereka yang lain sedang bersiap untuk mandi selepas solat subuh tadi. Yang mana diimamkan pensyarah Reed.
Setelah selesai dengan tugasnya,dia pun keluar bersama gusheng yang talinya sudah putus di tangannya. Baru sahaja dia ingin membawa gusheng itu dibelakangnya untuk memudahkan dia untuk bergerak,
"Nizam."
Mendengar nama itu dipanggil, Reed berhenti. Dan memalingkan badannya ke belakang dengan tenang. Di mana kelihatan Riyadh, Lutfi dan Taufiq berada. Entah apa sebabnya,Reed tersenyum. Kerana namanya yang sebenar disebut oleh tiga jejaka dewasa itu.
"Itu nama kau,kan? Kau lelaki berambut putih yang main gusheng malam tu,kan?" - Lutfi
"Adakah ianya kuasa? Kerana kami merasa tenang ketika mendengar muzik kau." - Taufiq
"Kau kenal kami?"- Riyadh.
"Bagi jawapan untuk soalan kalian bertiga,ianya ya." Reed menjawab dengan tenang. Dia tidak kisah memberitahu hal yang sebenar kepada mereka.
Baru sahaja Taufiq dan Lutfi ingin bertanya lebih,
"Who are we?" Riyadh menanyakan soalan yang penting. Mereka masih belum dapat melengkapkan memori mereka walaupun setelah bertahun-tahun berlalu. Identiti mereka yang sebenar masih misteri bagi mereka.
Mereka baru perasan bahawa Riyadh bertanya sama ada lelaki itu mengenali mereka.
Reed tidak menjawab terus. Dia tersenyum. Matanya memandang ke arah Riyadh, sebelum ke arah gusheng ditangannya.
"Korang akan tahu nanti."Dia menjawab dan terus berlalu pergi. Mereka bertiga pula terdiam kerana tidak tahu mahu berbuat apa lagi.
Pada jam 7 pagi,
Di mana mereka akan melakukan exercise.
Ramai pelajar kelas Odd sudah berkumpul di satu tanah lapang yang tidak jauh daripada inap desa.
Ketika mereka yang lain sedang bersedia untuk warm up,
"Mana Lin Yan dan Karl?" Valery bertanya risau kerana hanya mereka berdua yang belum ada di situ. Sedangkan mereka yang lain,termasuklah pensyarah berada di situ.
"Entahlah. Tak keluar lagi diorang tu." Nin menjawab.
"Nasiblah kita ada lagi tiga orang pensyarah untuk jaga kita. Kalau tidak,naya pensyarah Sherrly sorang-sorang." Xarian berkata selamba.
Masing-masing masih warm up sendirian.
"Alah,kau dah rindukan pensyarah Reed ke apa?" Kondrad sempat bertanya.
"Maybe?" Xarian menjawab tanpa berfikir.
"Oi,pensyarah Reed baru pergi tadi. Takkanlah dah rindu. Pelik bebenor sorang ni." Nin menyampuk sambil ketawa kecil.
"Memang dia macam tu pun,kan?" Shin bertanya tanpa bersalah.
"Hahaha!"
Mereka yang mendengar itu ketawa besar. Entah kenapa kata-kata itu membuatkan mereka geli hati. Mungkin kerana Shin mengatakannya dengan wajah tidak berperasaannya kot.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...