Setelah pekerja di resort itu memastikan semua pelajar sudah berada di luar bas,mereka meminta pelajar-pelajar untuk berkumpul di hadapan sebuah rumah besar yang berbeza daripada tempat penginapan mereka yang lain. Hal ini kerana rumah tersebut tinggi,mempunyai tangga. Berbeza dengan rumah penginapan mereka yang rendah sahaja. Rumah tersebut mempunyai tangga di kedua-dua sisi. Kanan dan kiri. Di tengah-tengahnya pula terdapat lantai yang dijadikan sebagai koridor atau beranda.
Setelah pelajar-pelajar berkumpul di dataran tersebut, mereka mendapati beberapa orang pekerja sedang berdiri di beranda tersebut.
Seorang lelaki berambut putih dengan wajah yang serius mara ke hadapan.
Dia memulakan ucapan.
"Memandangkan semua orang dah tiba,kami mahu terus kepada introduction.
Nama saya,Ibrahim. Panggil sahaja,Akhi Ibrahim. Saya merupakan ketua di resort ini. Segala apa yang dilakukan di sini ialah tanggungjawab saya. Salah kalian di sini akan menjadi salah saya juga. Makanya,saya berharap kalian menjaga disiplin masing-masing dengan apa yang akan kalian pelajari. Sebagai seorang ketua,saya yang akan mendengar jika kalian mempunyai apa-apa masalah atau tidak puas hati. Tetapi,tidak bermakna saya akan selesaikan untuk kalian. Ingat,kalian di sini untuk membetulkan disiplin diri kalian yang sudah teruk. Saya harap kalian dapat mendengar arahan dengan baik dan ikut peraturan yang telah disediakan di sini. Jika tidak,saya sendiri juga yang akan menghukum kalian.
Saya tahu,pastinya sukar untuk mengikutinya untuk kali pertama. Jadinya,kalian akan dapat amaran untuk pertama kali. Selepas itu,kalian akan terus di hukum oleh kami. Faham?!"
Terjahan terakhir itu membuatkan para pelajar terkedu.
"Erk..."
Setelah itu,seorang lelaki berambut koko atau kuning pula berdiri di sebelah Ibrahim.
Dia memulakan perkenalan diri dengan senyuman,
"Nama saya pula Nicholas,pembantu akhi Ibrahim. Jika kalian ada persoalan ingin bertanya,boleh tanya saya kalau takut nak jumpa akhi Ibrahim. Kalian boleh panggil aku,akhi Nik. Tapi,mungkin dahulu ada antara kalian yang mengenali saya dengan nama Niell."lelaki berambut koko itu tersenyum pahit sambil memandang seseorang.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...